awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Hanipa Maidin, Anuar Tahir digugurkan, Khalid Samad ke Titiwangsa

Faida Rahim
Faida Rahim
30/10/2022
10:08 MYT
PRU15: Hanipa Maidin, Anuar Tahir digugurkan, Khalid Samad ke Titiwangsa
Mohamed Hanipa Maidin (kiri) dan Anuar Tahir merupakan antara nama yang digugurkan oleh pucuk pimpinan Amanah daripada senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15.
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) menggugurkan empat penyandang kerusi Parlimen dalam senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung pada 19 November ini.
Keempat-empat mereka ialah Mohamed Hanipa Maidin dari Parlimen Sepang, Datuk Mohd Anuar Tahir (Temerloh), Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat) dan Datuk Hasan Bahrom (Tampin).
Sementara, Khalid Samad yang juga penyandang di kerusi Shah Alam akan berpindah ke Parlimen Titiwangsa pada PRU15.
Tempat Khalid Samad di Shah Alam akan digantikan dengan muka baharu, Azli Yusof.
Pada sidang media pengumuman calon PRU15 hari ini, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahudin Ayub berkata, seramai 54 calon disenaraikan oleh parti berkenaan untuk memasuki gelanggang PRU15.
Jumlah itu, jelasnya, menyaksikan pertambahan 19 kerusi bagi Amanah berbanding PRU sebelum ini.
Beliau turut mengumumkan, Amanah juga meletakkan kepercayaan kepada tujuh calon wanita dalam PRU kali ini.
“Terdapat peningkatan sebanyak 35 peratus kerusi dari Amanah yang mana seramai tujuh calon wanita diketengahkan pada PRU kali ini.
“Mungkin belum sampai sasaran untuk letak 30 peratus calon wanita Amanah tetapi peningkatan ini jauh lebih baik dari PRU lalu,” katanya
Mengenai pengguguran empat Ahli Parlimen dari Amanah dalam senarai yang diumumkan itu, Salahuddin menjelaskan, tindakan itu merupakan amalan yang digalakkan berlaku dalam usaha memberi peluang kepada muka baharu.
“Ia tidak menggambarkan seolah mereka tidak berprestasi baik tetapi ia merupakan proses pertukaran atau peralihan yang sangat digalakkan berlaku di parti Amanah di mana kita inginkan bakat baharu dan wajah baharu diberi peluang.
“Semua telah menunjukkan prestasi baik tapi atas perkiraan yang tertentu kita anggap peluang perlu diberikan untuk orang baharu.
“Di Temerloh, Anuar Tahir tidak sihat termasuk juga Shah Alam juga diberikan kepada calon baharu,” katanya.
Pada PRU15 juga, Salahuddin akan kekal bertanding di Pulai sementara Presiden Amanah, Mohamad Sabu juga kekal di Parlimen Kota Raja.
Antara pemimpin Amanah lain yang turut kekal di kerusi Parlimen sama ialah Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#Parti Amanah Negara
#PRU15
#Hanipa Maidin digugurkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan