Skip to main content

Politik

PRU15: "Ini adalah jalan selesai masalah rakyat" - Anwar

71669017732_TBanwarjpg.jpg
KUALA LUMPUR: "Ini adalah jalan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat," kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian sebelum  beredar dari Hotel Seri Pacific, di sini, sekitar pukul pada 3.25 petang, Isnin.

"Insya-Allah, tawakal kepada Allah SWT, ini untuk rakyat dan negara.

"Isu kos sara hidup, isu harga barang naik, tiada ayam, tiada telur. Ia sentiasa penting untuk rakyat," katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu, Anwar tiba di hotel tersebut untuk menghadiri perjumpaan bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pagi ini.

Perjumpaan pada awalnya dijadual berlangsung jam 10 pagi itu dikatakan berkaitan dengan soal pembentukan kerajaan Persekutuan dengan PH memenangi 82 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan BN 30 kerusi.

Advertisement

Must Watch Video