awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Kasihanilah kami di pedalaman Saratok ini - Warga emas

Missel Ernie Bick
Missel Ernie Bick
19/11/2022
08:19 MYT
PRU15: Kasihanilah kami di pedalaman Saratok ini - Warga emas
Bagi mereka, tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih kerajaan telah menjadi keutamaan bagi menentukan pemimpin kerajaan masa hadapan.
SARATOK: Usia lanjut dan kesihatan yang tidak mengizinkan bukan menghalang buat warga emas di pedalaman Sarawak untuk turun mengundi menunaikan tanggungjawab mengundi pada hari ini.
Bagi mereka, tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih kerajaan telah menjadi keutamaan bagi menentukan pemimpin kerajaan masa hadapan.
Menurut warga emas, Lian Languk, dirinya terpaksa menggagahkan diri untuk berjalan di titian usang menuju SK Nanga Budu walaupun selama ini menggunakan tongkat untuk bergerak.
Katanya, hari ini dia mencabar dirinya untuk berjalan kurang lebih 100 meter ke tempat mengundi demi melunaskan tanggungjawabnya sebagai pengundi.
"Jadi saya ini sakit punggung sebab tidak dapat berjalan saya jalan pakai tongkat saja tetapi hari ini, hati saya memang gigih sebab itu saya turun untuk tunjukkan tanggungjawab saya kepada pihak kerajaan," katanya.
Manakala bagi Margaret Unggon, usia yang mencecah 83 tahun dengan kondisi badan yang bongkok bukan menjadi penghalang untuknya melaksanakan tanggungjawab membuang undi pada pagi ini.
Harapannya kerajaan yang dibentuk nanti dapat melihat mereka yang serba kekurangan di kawasan pedalaman Saratok ini.
"Ya itu lah 83 umur saya tahun ini tapi masih dapat saya jalan pergi mengundi. Minta tolong pihak kerajaan nanti kasihankan saya minta belas kasihan mereka selagi saya masih bernyawa ini," ujarnya.
Seterusnya, Umbo Inyau turut mengharapkan kerajaan yang dibentuk nanti boleh memberikan bantuan kepada golongan warga emas kerana mereka sudah tidak mampu lagi bekerja.
Ujarnya, mereka sudah tidak mampu lagi menambah sumber pendapatan seperti dulu lagi disebabkan faktor usia dan kesihatan yang tidak bagus.
"Yang menang itu lah minta tolong bantuan bulanan. Pergi menoreh tiada kudrat sebab tulang ini sudah tua sudah 60 lebih dan orang tiada juga yang tinggal bersama saya," katanya.
Topic Berkaitan
#warga emas
#mengundi
#pedalaman sarawak
#Malaysia Memilih
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan