KANGAR: Usaha mengembalikan semula kegemilangan pasukan bola sepak Perlis akan menjadi satu daripada manifesto Perikatan Nasional (PN) Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Pengerusinya Abu Bakar Hamzah.
"Sebelum ini, pasukan bola sepak negeri Perlis pernah menjuarai Piala Malaysia dua kali pada 2004 dan 2006, jadi kita ingin kembalikan semula detik nostalgia kegemilangan pasukan Singa Utara kepada rakyat negeri ini setelah sekian lama mengalami kejatuhan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Gegar Anak Muda Perlis (Gema Perlis Baharu) di Denai Larian, Pengkalan Asam di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Abu Bakar yang juga Pengerusi Bersatu Perlis berkata PN Perlis akan mengumumkan nama calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2 Nov ini.
"PN Perlis akan bertanding di semua 15 kerusi DUN iaitu sembilan kerusi bagi calon PAS dan enam kerusi untuk Bersatu," katanya.
Beliau berkata bagi peringkat Parlimen, Pas akan bertanding di dua kerusi iaitu Padang Besar dan Arau manakala Bersatu di Kangar.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Perlis Asrul Aimran Abd Jalil berkata Pas akan memperkasakan penggunaan media sosial sebagai 'senjata' baharu bagi menarik pengundi khususnya golongan muda pada PRU15 selain mengekalkan kaedah konvensional iaitu ceramah politik.
Ketua Pemuda PN Negeri Perlis itu berkata Pas juga tidak lagi memberi tumpuan kepada ceramah secara besar-besaran sebaliknya akan menganjurkan kempen dalam bentuk skala kecil bagi memberi tumpuan mengikut bahagian atau kawasan.
"PN Perlis telah memilih cogan kata 'Perlis Baharu' bagi mendekati generasi muda dalam media sosial seperti Tik Tok, Facebook, Instagram dan juga Twitter," katanya kepada pemberita pada majlis sama.
Asrul Aimran berkata selain media sosial, PN Perlis juga menganjurkan program sukan dan juga mengedar 'Kad Keluar Mengundi' sebagai sentuhan pertama mendekati golongan muda di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2022
Abu Bakar yang juga Pengerusi Bersatu Perlis berkata PN Perlis akan mengumumkan nama calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2 Nov ini. - Gambar hiasan
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Pemimpin lebih muda mampu ubah masa depan negara - Tun M
Menurut Mahathir, pemimpin sekarang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara, tidak manfatkaan sumber negara sebaiknya, dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan baik.
Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand
Pita berkata, beliau hanya menunggu masa untuk bertanding semula kerana selama ini beliau tidak pernah putus asa berjuang.
Pilihan raya umum Pakistan pada 8 Feb
Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) pada Khamis mengumumkan 8 Februari tahun depan sebagai tarikh rasmi pilihan raya umum di negara Asia Selatan itu, lapor Xinhua.
Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar
Muktamar Pas ke-69 bulan depan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kekal hingga ke pilihan raya seterusnya.
GPS akan sokong Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum seterusnya - Abang Jo
Sokongan itu penting agar wujud kestabilan yang membolehkan Kerajaan Persekutuan mentadbir dengan lebih fokus.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.
Sidang Parlimen Thailand pada 4 Ogos ini bagi pilih Perdana Menteri
Ketika ini, kebuntuan politik di negara itu terus berlarutan walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) sudah berlangsung lebih dua bulan.
11 calon bertanding dalam pemilihan presiden Zimbabwe
PRU Zimbabwe dijadualkan pada 23 Ogos untuk memilih Presiden baharu, wakil parlimen dan wakil kerajaan tempatan untuk penggal lima tahun.
Perkenalkan Akta Parlimen Berpenggal Tetap, mudahkan pengundi, jamin kestabilan - Mujibu
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu diperkenalkan sebagai langkah merejuvenasi demokrasi Malaysia.
PAU2023: 'Janganlah dibunuh, ditebang pokok selepas nikmati hasilnya' - Mohamad Hasan
UMNO tiada pilihan lain tetapi untuk bangun semula dan sediakan parti yang lebih baik untuk generasi masa depan.
UMNO bakal ditolak rakyat pada PRN, PRU akan datang - Annuar Musa
Sokongan yang diberikan oleh rakyat pada 2019 adalah ketika UMNO bersama Pas, bukannya DAP, dakwa Annuar.