awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Komputer riba percuma kepada pelajar M40, guru jika BN menang - Zahid

Bernama
Bernama
08/11/2022
22:00 MYT
PRU15: Komputer riba percuma kepada pelajar M40, guru jika BN menang - Zahid
Ahmad Zahid juga berkata rakyat perlu memberikan mandat yang kuat kepada BN agar sebuah kerajaan stabil dapat ditubuhkan bagi mendepani kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku tahun depan. - Foto fail/BERNAMA
SUNGAI BESAR: Barisan Nasional (BN) sedia memanjangkan pemberian komputer riba secara percuma kepada pelajar M40 dan para guru sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Pelajar M40 dan guru di seluruh negara akan turut menerima bantuan komputer riba percuma untuk pembelajaran dan pengajaran... Ini merupakan maklum balas secara langsung BN terhadap permintaan pengundi," katanya pada Program Budi Disanjung di Parit 16 Sungai Panjang di sini malam tadi.
Terdahulu, calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang turut hadir pada program itu, berkata pihaknya menerima permohonan daripada para guru dan keluarga M40 agar mereka turut diberikan komputer riba bagi tujuan pembelajaran.
BN menampilkan manifesto Perancangan Amal dan Usaha (PADU) iaitu tawaran baharu kepada rakyat Malaysia yang mengandungi 99 amal dan usaha gabungan politik itu bagi mengemudi Malaysia ke arah negara maju.
Antara tawaran itu ialah pemberian komputer riba percuma kepada pelajar B40 dan memastikan 100 peratus liputan 5G di semua sekolah.
BACA: PRU15: Manifesto BN janji pendidikan awal percuma, semua pelajar B40 dapat komputer riba
Ahmad Zahid juga berkata rakyat perlu memberikan mandat yang kuat kepada BN agar sebuah kerajaan stabil dapat ditubuhkan bagi mendepani kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku tahun depan.
"Pakar ekonomi menjangkakan kemelesetan ekonomi berlaku pada suku pertama tahun hadapan dan PRU15 yang diadakan pada tahun ini adalah tempoh yang sesuai supaya kerajaan baharu nanti dapat bersedia sepenuhnya," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#manifesto BN
#Komputer Riba
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan