awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Krisis PBM buatkan penyokong berilusi, celaru - Karim Hamzah

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
29/10/2022
22:45 MYT
PRU15: Krisis PBM buatkan penyokong berilusi, celaru - Karim Hamzah
Abdul Karim berkata, kepincangan yang berlaku akan menyebabkan kesukaran kepada penyokong dan pengundi PBM. - Foto Facebook YB Karim Hamzah
KUCHING: Kemelut kepimpinan yang dihadapi Parti Bangsa Malaysia (PBM) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya merugikan penyokong di peringkat akar umbi.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata isu dalaman antara pemimpin telah mencerminkan PBM sebagai sebuah ‘parti kartun’.
“Mereka parti baharu. Beberapa hari ini kita melihat parti itu sudah menjadi parti kartun, berebut tentang siapa yang menjadi presiden.
“Belum bertanding, mereka sudah berdepan masalah kecelaruan mengenai kepimpinan di peringkat tertinggi,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan.
Menurut Abdul Karim, kepincangan yang berlaku akan menyebabkan kesukaran kepada penyokong dan pengundi mereka.
“Saya tidak fikir mereka (PBM) mampu bergerak, begitu juga penyokong mereka jika ada, terpaksa berilusi dengan parti berkenaan.
“Secara praktikal, pengundi sudah tentu akan menilai apakah perjuangan parti sebelum mengundi.
"Ini tidak, sebelum bertanding (PRU15) sudah menghadapi masalah (kepimpinan) seperti ini. Jadi, bagaimana anda hendak memimpin negara?" soal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu.
BACA SEMUA MENGENAI PRU15 DI SINI
Mengulas mengenai PKR pula, Abdul Karim menegaskan, sukar untuk parti itu ‘survive’ di Sarawak walaupun turun bertanding di banyak kerusi.
“Lihat sahaja semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 lepas, mereka (PKR) meletakkan ramai calon tetapi seorang pun tidak dapat menang.
“Bukan bercakap sombong, tetapi ini yang berlaku dahulu (PRN),” katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#PBM
#parti kartun
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan