awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Kestabilan dan hospitaliti rakyat jadi teras
Pas sahkan calon Pengerusi PN minggu depan - Abdul Hadi
Ketegasan Mourinho buat Ronaldo menangis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Maximus Ongkili berpindah ke Parlimen Tuaran?

Astro Awani
Astro Awani
31/10/2022
07:16 MYT
PRU15: Maximus Ongkili berpindah ke Parlimen Tuaran?
Jika khabar angin ini benar, Maximus yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) akan berentap dengan Presiden UPKO yang merupakan penyandang kerusi parlimen itu.
KOTA KINABALU: Menjelang kurang seminggu proses Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), khabar angin bertiup kencang apabila penyandang Kerusi Parlimen Kota Marudu sejak 1995, Datuk Seri Maximus Ongkili dikatakan berpindah kerusi ke Parlimen Tuaran.
Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) yang buat akan bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan menyerahkan kerusi Parlimen Kota Marudu kepada muka baharu.
Jika khabar angin ini benar, Maximus yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) akan berentap dengan Presiden UPKO yang merupakan penyandang kerusi parlimen itu.
Parlimen Tuaran terdiri daripada Dewan Undangan Negeri Tamparuli, Sulaman, Kiulu dan Pantai Dalit.
Perpindahan Maximus ke kerusi Parlimen Tuaran dilihat laluan mudah DUN Sulaman dipegang Ketua Menteri merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor.
Bukan itu sahaja, DUN Tamparuli juga disandang Timbalan Presiden PBS merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah selain, DUN Kiulu juga kerusi PBS dimenangi Datuk Joniston Bangkuai (Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar).
Maximus sebelum ini berdepan cabaran besar daripada komponen GRS apabila Ketua Bersatu Bahagian Kota Marudu yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Wetrom Bahanda meninggalkan Bersatu dan memutuskan bertanding di kerusi Parlimen Kota Marudu.
Bagi Penganalisis Politik, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Romzi Ationg berkata, Maximus sudah pasti akan memperoleh kemenangan mudah memandangkan terdapat dua daripada kerusi DUN di Parlimen itu disandang PBS.
"Sudah pasti ia akan menguatkan sokongan kepada Maximus di sana. Tetapi saya juga yakin, beliau (Maximus) akan membuat pilihan terbaik sama ada untuk berpindah ke Tuaran atau kekal bertanding di Parlimen Kota Marudu," katanya.
Topic Berkaitan
#Malaysia Memilih
#PRU15
#Maximus Ongkili
#Parlimen Tuaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan