awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Noor Azmi beri bayangan tanding Bebas jika tidak dicalonkan PN

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
29/10/2022
08:55 MYT
PRU15: Noor Azmi beri bayangan tanding Bebas jika tidak dicalonkan PN
Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memberi bayangan kesediaan untuk bertanding atas tiket Bebas sekiranya tidak dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar fail BERNAMA
BAGAN SERAI: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memberi bayangan kesediaan untuk bertanding atas tiket Bebas sekiranya tidak dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang maklumat mengenai calon PN di kawasan itu.
Sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai sejak 2013, Dr Noor Azmi berkata, beliau bersedia untuk dicalonkan semula di kawasan itu kerana sangat mengenali denyut nadi rakyat di situ.
“Tapi kalau tak pilih, saya akur dengan ketentuan Allah… kita ada plan (rancangan), Allah ada plan yang lebih baik.
“Jadi saya masuk pun dijemput, kalau saya tak dipilih, saya akur, saya balik kepada kehidupan biasa saya.
“Tapi saya tak tahulah di Parlimen Bagan Serai, mana tahu kalau ada orang tiba-tiba nak bertanding (sebagai calon) Bebas, anak tempatan nak bertanding Bebas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Peringkat Negeri Perak dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat peringkat Daerah Kerian di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin, di sini, hari ini.
Kenyataan Dr Noor Azmi itu membayangkan beliau sedia bertanding atas tiket Bebas pada PRU15 sekalipun tidak menyatakannya dengan jelas.
Sehubungan itu, Noor Azmi yakin mempunyai peluang lebih baik untuk menang kerana sentimen warga Bagan Serai yang berkehendakkan calon anak tempatan.
Sebelum ini terdapat desas-desus kononnya kerusi Parlimen itu turut diintai oleh seorang pemimpin tertinggi Pas Perak.
Topic Berkaitan
#PRU15
#calon Perikatan Nasional
#Parlimen Bagan Serai
#Noor Azmi Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan