awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketibaan pelawat Turkiye ke Malaysia meningkat 31.8 peratus tahun lalu
Pejalan kaki maut dirempuh motosikal
Feyenoord sambar khidmat pemain berdarah Belanda-Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pas bertanding sembilan kerusi, Bersatu lima di Kelantan

Bernama
Bernama
30/10/2022
05:45 MYT
PRU15: Pas bertanding sembilan kerusi, Bersatu lima di Kelantan
Wan Roslan berkata pengumuman calon yang bakal bertanding itu akan dibuat pada Rabu ini (2 November) oleh Pengerusi PN Kelantan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) Kelantan memperuntukkan sembilan kerusi kepada Pas dan lima kepada Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Perhubungan PN Kelantan Wan Roslan Wan Hamat.
Beliau berkata pengumuman calon yang bakal bertanding itu akan dibuat pada Rabu ini (2 November) oleh Pengerusi PN Kelantan, merangkap Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
Katanya kesemua calon PN yang akan bertanding di 14 kerusi Parlimen Kelantan, akan menggunakan logo Pas seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.
"Kesemua calon Pas telah ditapis oleh Majlis Syura Ulama dan (demikian juga) calon Bersatu seperti diumumkan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassan sebelum ini," katanya pada sidang media khas tarikh pengumuman Majlis Pengisytiharan Calon PN Kelantan, di sini hari ini.
Ketika ditanya sama ada Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan kekal mempertahankan kerusi masing-masing, Wan Roslan berkata keputusan mengenai perkara itu belum dimuktamadkan.
"Keputusan calon yang akan bertanding akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat. Kerjasama antara Pas dan Bersatu juga cukup mantap, kita akan mengatur gerak kerja sebaik selepas penamaan calon.
"Semua kerusi insya-Allah Pas letak jentera yang akan bekerja dengan keras walaupun kerusi selesa, apatah lagi yang tidak selesa," katanya.
Pada PRU14, Tuan Ibrahim menang di kerusi Parlimen Kubang Kerian dengan majoriti 19,369 undi manakala Takiyuddin memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu dengan memperoleh majoriti 5,869 undi.
Mengulas lanjut, Wan Roslan berkata gabungan itu menyasarkan untuk menyapu bersih semua kerusi Parlimen termasuk Parlimen Jeli, menerusi kerjasama antara semua parti dalam PN Kelantan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Kelantan
#Perikatan Nasional
#PAS
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan