KOTA BHARU: Keputusan Pas menggunakan simbol parti itu sendiri di tiga negeri di bawah pentadbirannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi terutamanya pengundi veteran.
Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata penggunaan simbol bulan di Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU15 dibuat mengikut permintaan ahli dan pimpinan negeri terlibat selain mudah diingati.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata penggunaan simbol Perikatan Nasional (PN) boleh mengelirukan kerana warnanya hampir sama dengan Barisan Nasional (BN).
"Logo PN baharu sangat dan mungkin dengan itu kadang-kadang boleh mengelirukan kerana warnanya hampir sama dengan biru BN.
Hasil perbincangan pimpinan kita dengan pimpinan Bersatu, akhirnya dipersetujui supaya tiga negeri ini (calon Pas) menggunakan lambang bulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Panchor Sejahtera di Kompleks Tarbiah, Panchor, di sini hari ini.
Semalam, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata parti itu memutuskan untuk menggunakan simbol parti itu sendiri di tiga negeri di bawah pentadbirannya iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU15.
Ditanya mengenai permohonan Pas Selangor untuk turut menggunakan simbol parti itu sendiri pada PRU15, Mohd Amar berkata perkara tersebut perlu dibincangkan di peringkat Pas Pusat seterusnya mendapatkan persetujuan bersama melalui mesyuarat PN.
Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata Pas masih kekal dengan pendirian tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, Terengganu dan Kedah supaya pilihan raya negeri diadakan serentak dengan peringkat Parlimen.
"Setakat ini sepertimana pimpinan kita sebut tidak ada keperluan untuk kita bubar sebab kita tidak bersetuju Parlimen dibubar pada musim banjir di Pantai Timur.
Besar atau kecil banjir itu kita tidak tahu. Jadi apabila banjir, kita kena fokus kepada dua perkara dan sebagai kerajaan terutama orang parti pun tidak mahu fikir pilihan raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata penggunaan simbol bulan di Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU15 dibuat mengikut permintaan ahli dan pimpinan negeri terlibat selain mudah diingati. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
[TERKINI] Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Pemilik akaun X hantar komen jelik didakwa pada Jumaat
Pemilik Akaun platform X, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Taaiping, Perak pada Jumaat.
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
PRU15: Pas guna simbol sendiri kerana tidak mahu pengundi keliru - Mohd Amar
Mohd Amar berkata, ia adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi terutamanya pengundi veteran.