awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pas yakin rampas semula Parlimen Pokok Sena

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
23/10/2022
22:15 MYT
PRU15: Pas yakin rampas semula Parlimen Pokok Sena
Wan Romani berucap dalam ceramah Pas di Permatang Bonglai. - Astro AWANI
POKOK SENA: Senario Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada kali ini dilihat telah berubah malah kekuatan Pas juga meningkat setelah memilih untuk bersama Perikatan Nasional (PN) berbanding PRU14.
Yang Dipertua Pas Kawasan Pokok Sena, Datuk Wan Romaini Wan Salim, menyuarakan keyakinan parti itu dapat merampas kembali kerusi Parlimen Pokok Sena daripada Parti Amanah Negara (Amanah).
Wan Romaini yang juga Exco Negeri Kedah berkata, Parlimen Pokok Sena sebelum ini adalah kerusi tradisi yang dimenangi oleh Pas dan bukannya milik calon yang lompat parti.
Kerusi parlimen tersebut disandang oleh Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar, selama dua penggal.
"Saya berkeyakinan dan optimis Pas akan bertanding dan Pas akan merampas semula Parlimen Pokok Sena dan calon-calon itu kita sudah kenal pasti yang ketokohannya lebih hebat daripada Datuk Mahfuz.
"Kita juga buat masa sekarang ini majoriti di Bukit Lada dan Bukit Pinang, kita sudah menang dan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga pun majoriti 60 peratus Melayu dengan situasi yang ada itu saya berkeyakinan Parlimen Pokok Sena Pas akan memgambil alih," katanya.
Wan Romani berkata demikian ketika ditanya dalam ceramah Pas di Permatang Bonglai, malam tadi.
Ditanya sama ada bekas pemain bola sepak Kedah, Radhi Mat Din akan kembali dicalonkan semula oleh Pas untuk bertanding di Parlimen Pokok Sena pada PRU15, Wan Romaini menjelaskan perkara tersebut bakal diputuskan di peringkat kepimpinan pusat.
"Radhi Mad Din pun tidak kurang hebatnya sebab dia pun seorang yang berpengaruh dengan suasana majoriti yang ada pengaruh anak muda pengundi 18 tahun ini.
"Kita letak Radhi pun memang orang yang terkenal dan pengaruh anak muda insyaAllah. Kita serah kepada kepimpinan untuk pilih tokoh yang akan mewakili Pas bertanding di Parlimen Pokok Sena," katanya.
Pada PRU14, Mahfuz menang dengan majoriti 5,558 undi selepas memperoleh 28,959 undi untuk menewaskan Radhi (23,401 undi) dan Datuk Said Ali Syed Rastan (18,390 undi) dari Barisan Nasional.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Parlimen Pokok Sena
#Wan Rumaini Wan Salim
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan