awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pembangkang Sarawak lancar GAGASAN bagi lawan GPS

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2022
04:46 MYT
PRU15: Pembangkang Sarawak lancar GAGASAN bagi lawan GPS
Parti yang membentuk Gagasan ialah Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru dan Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar). - Foto Astro AWANI
KUCHING: Sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, tiga parti pembangkang Sarawak mengumumkan pembentukan satu pakatan baharu bagi menyaingi Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Dikenali sebagai Gagasan Rakyat Sarawak (GAGASAN) pakatan itu melibatkan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS Baru), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) dan Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR).
Jurucakap GAGASAN, Dr John Brian Anthony, berkata pakatan tersebut dibentuk bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri seperti mana yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) pada Disember tahun lepas yang memberi kelebihan besar kepada GPS.
Presiden ketiga-tiga parti; Lina Soo (Aspirasi), Bobby William (PBDS Baru) dan Datuk Othman Abdillah (Sedar) hadir pada sidang media di sebuah hotel terkemuka di sini, yang turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama dilakukan.
Dr John Brian yang juga Pengerusi Tetap PBDS Baru berkata, kerjasama ini merupakan sejarah bagi pakatan pembangkang di negeri Sarawak.
"Ia bukan sekadar untuk menghadapi pilihan raya akan datang, tetapi sebagai usaha mengukuhkan peranan dan perjuangan parti-parti ini, yang sebelum ini bergerak bersendirian.
"Cukup-cukuplah kami digelar parti nyamuk, dan kini kami bergerak seiring dan bersama."
GAGASAN akan meletakkan calon di semua 31 kawasan Parlimen di Sarawak pada PRU-15.
Untuk rekod, ketiga-tiga parti ini telah bertanding dalam PRN Sarawak 2021, namun di kebanyakan kerusi, calon mereka hilang deposit.
Topic Berkaitan
#parti pembangkang Sarawak
#gabungan baharu
#Gagasan
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan