GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) telah menyelesaikan pembahagian bagi hampir semua kerusi dalam kalangan parti komponennya bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata ketika ini, semua negeri telah menyelesaikan pembahagian kerusi kecuali Kedah dan Sabah yang masih berunding membabitkan dua atau tiga kerusi sahaja, dan keputusan rundingan itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Presiden PH pada Rabu ini.
"Kita yakin dapat selesaikan menjelang Rabu ini (Mesyuarat Majlis Presiden PH). Untuk kerusi Parlimen, PKR, Amanah dan DAP bakal mendapat tambahan kerusi pada PRU-15 yang mana 52 kerusi di Semenanjung yang dulunya ditandingi Bersatu pada PRU14, akan dibahagikan kepada semua parti dalam PH.
"Bagi Sarawak tidak menjadi isu sangat sebab Bersatu tidak bertanding di situ pilihan raya lepas...jadi tidak banyak beza dari segi agihan. Cuma di Sabah kita kena berunding dengan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang sebelum ini parti itu bukan dalam PH. Itu makan masa sikit," katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall di sini hari ini.
Sementara itu, Rafizi yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata beliau berhasrat bertanding di kerusi Parlimen Pandan pada PRU15 nanti dan telah menyuarakannya kepada pucuk pimpinan parti yang belum memuktamadkan senarai calon.
"Saya sudah menyatakan dengan jelas saya mahu mempertahankan (kerusi Parlimen) Pandan, sedang menunggu keputusan parti. Ini kerana saya boleh berkempen dengan lebih berkesan di peringkat nasional untuk calon PKR, jika saya bertanding di Pandan, di mana kami mempunyai sokongan sangat baik dan cukup mantap," katanya.
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata pada PRU14, beliau memberi laluan kepada Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang pada ketika itu Presiden PKR, kerana kerusi Parlimen Pandan antara kerusi PKR yang paling baik,
"Kita bersetuju presiden parti ambil alih kalau tidak kerusi itu jadi rebutan (pada PRU14). Wan Azizah sangat serba boleh dan beliau sudah pun buktikan (pada PRU14). Cuma untuk saya contohnya, oleh kerana kempen (PRU15) di seluruh Malaysia, jadi memang lebih logik saya bertanding di Pandan kerana itu pangkalan saya dan itu bagi saya ruang berkempen di banyak kerusi di seluruh Malaysia," katanya.
Rafizi memenangi kerusi Pandan pada 2013, ketika beliau pertama kali bertanding untuk kerusi Parlimen menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Lim Chin Yee, dengan majoriti 26,729 undi.
Beliau tidak mempertahankan kerusi itu pada PRU14 selepas tidak layak bertanding kerana proses rayuan yang masih berjalan membabitkan hukuman 30 bulan penjara yang dijatuhi Mahkamah Sesyen Shah Alam, pada Februari 2018, selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan milik National Feedlot Corporation (NFC) dan Pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Pada PRU14, Wan Azizah yang mewakili PKR di kerusi itu menang besar 52,543 undi majoriti menewaskan calon BN Leong Kok Wee.
Pada November 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Rafizi kerana pihak pendakwaan gagal mengemukakan dokumen asli seperti diperuntukkan dalam Seksyen 65(1)(c) Akta Keterangan 1950.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022
Rafizi berkata ketika ini, semua negeri telah menyelesaikan pembahagian kerusi kecuali Kedah dan Sabah. - Gambar fail
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.