awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PN miliki majoriti, termasuk sokongan daripada BN - Yong Teck Lee

Astro Awani
Astro Awani
20/11/2022
09:48 MYT
PRU15: PN miliki majoriti, termasuk sokongan daripada BN - Yong Teck Lee
Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee mendakwa Perikatan Nasional mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, antaranya melibatkan pemimpin daripada Barisan Nasional.
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee mendakwa Perikatan Nasional (PN) mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, antara pemimpin yang menyokong penubuhan kerajaan baharu itu termasuk daripada Barisan Nasional (BN).
“Memang banyak Ahli Parlimen (memberi sokongan) daripada pelbagai parti termasuk daripada Barisan Nasional,” jelas Teck Lee seperti dilaporkan portal berita The Vibes.
Teck Lee berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun, tidak menjelaskan sama ada BN menyokong secara ‘en bloc’ atau sokongan itu hanya melibatkan segelintir pemimpin sahaja.
Dalam masa sama, Teck Lee turut mengulangi pendirian Muhyiddin yang menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam sidang media pada awal pagi Ahad.
Sebelum Teck Lee, beberapa pemimpin parti komponen PN dilihat turut mengunjungi kediaman Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Antara mereka termasuk Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Yong Teck Lee
#Perikatan Nasional
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan