JOHOR BAHRU: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan beliau akan bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
Rafizi menegaskan, pelantikan dirinya sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor, bukan bertujuan mencari kerusi Parlimen yang akan ditandingi di negeri ini.
Sebaliknya, beliau menjelaskan perlu memantapkan gerak kerja PKR negeri, kerana Johor adalah negeri tumpuan pada PRU15.
"Saya tidak akan bertanding di Johor, itu muktamad. Keputusan pimpinan pusat memilih saya sebagai Pengerusi MPN Johor bukan bermaksud untuk saya bertanding di sini.
"Cuma dalam kalangan pimpinan pusat yang lain, saya mempunyai rekod lebih lama bekerjasama dengan pimpinan dan cabang di negeri ini.
"Maka kelebihan itu dilihat mampu memudahkan penyelarasan kempen PRU15 dari peringkat pusat ke Johor," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri ( MPN) Johor di Ibu Pejabat PKR negeri di sini pada malam Rabu.
Hadir sama, Pengarah Strategi PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim.
Sebelum ini timbul spekulasi bekas Ahli Parlimen Pandan itu akan bertanding di Johor selepas dilantik sebagai Pengerusi MPN bagi Wilayah Persekutuan dan Johor pada 4 Ogos lalu.
Sementara itu, Rafizi berkata kemelut politik yang melanda Wanita PKR Johor susulan lantikan Ketua Wanita negeri yang baharu, akan dibawa ke pucuk pimpinan untuk dibincangkan bersama Ketua Wanita PKR Pusat.
"Isu ini antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat malam ini (malam Rabu). Bagi saya, isu ini melibatkan pandangan yang berbeza-beza di dalam Wanita PKR Johor, namun ia bukan masalah yg besar.
"Saya yakin sehari dua lagi kemelut ini akan dapat diharmonikan. Cuma nasihat saya, kalau pun kepimpinan itu, mungkin tidak puaskan hati semua dalam keadaan PRU15 semakin dekat, keutamaan perlu diberikan untuk stabilkan parti dan beri ruang kepada semua untuk jalankan tugas masing-masing.
"Disebabkan itu, saya akan kembali ke Johor dalam tempoh dua minggu lagi, untuk bermesyuarat bersama kepimpinan negeri, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita. Saya harap semua pihak bersedia dan tumpu kepada persiapan berdepan PRU15 pada mesyuarat itu nanti," katanya.
Pada Rabu, sebanyak 10 daripada 14 sayap wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini dilaporkan mempersoalkan pelantikan Ketua Wanita PKR Johor Bahru, Zuraidah Zainab sebagai Ketua Wanita PKR Johor yang baharu.
Ketua Wanita PKR Cabang Pasir Gudang, Norfazilah Mohamad Nor berkata, ini kerana majoriti sayap wanita di negeri ini memilih Ketua Wanita PKR Cabang Kluang, Haryati Abu Nasir sebagai ketua sayap negeri yang baharu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 01 2022
Rafizi pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Johor di Ibu Pejabat PKR negeri di Johor Bahru, malam tadi. - Foto Sinar Harian
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
KL20 2024: Malaysia berusaha tarik masuk ‘unicorn’ - Rafizi
Kemasukan syarikat 'unicorn' ke dalam negara mampu mencipta pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sidang KL20 April ini pacu Malaysia sebagai hab pemula niaga, modal teroka - Rafizi
Rafizi berkata, ini juga sejajar dengan kedudukan Kuala Lumpur ketika ini yang berada dalam kelompok 47 teratas global.
Parlimen: Lebih 2 juta cubaan akses PADU sehari berjaya dipatahkan - Rafizi
Rafizi menegaskan cubaan berkenaan yang dikesan dari luar negara berjaya dipatahkan dan masih gagal ditembusi, setakat ini.
PADU mahu bantu kumpulan pertengahan capai kemajuan ekonomi lebih pantas - Ketua Perangkawan
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diperkenalkan bukan semata-mata tertumpu kepada memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan berpendapatan rendah.
Pendaftaran PADU meningkat mendadak kepada 7.7 juta - Rafizi
Pangkalan Data Utama (PADU) menyaksikan peningkatan yang mendadak dalam kadar pendaftaran sepanjang minggu lepas.