awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai

Fareez Azman
Fareez Azman
16/11/2022
08:26 MYT
PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bentong, Tan Sri Liow Tiong Lai (kiri) yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini. - Foto Astro AWANI
BENTONG: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bentong, Tan Sri Liow Tiong Lai yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
Jelasnya, Bentong telah ketinggalan dalam pentadbiran lalu dan ianya memberi kesan kepada rakyat di kawasan itu.
Justeru, katanya penduduk Bentong tidak akan tertipu untuk kali kedua dalam memilih wakil rakyat yang layak bagi Parlimen tersebut.
"Saya sakit hati lihat Bentong dibelakangkan lima tahun ini, banyak pembangunan ditangguhkan dan tidak adil kepada orang Bentong.
"Orang di Bentong nak lihat pembangunan, demi Bentong saya kembali, saya nak tengok orang kata pemimpin yang berpengetahuan, pengalaman dan komitmen dan keikhlasan saya boleh dipercayai oleh rakyat di sini untuk Parlimen Bentong," katanya ketika ditemui pada Rabu.
Ujar Tiong Lai lagi, pelbagai pembangunan akan dibawa, selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perumahan mampu milik untuk generasi muda.
"Kali ini lebih baik berbanding PRU lalu. Kali ini mereka (pengundi) berasa tertipu, jadi mereka tak kan tertipu kali kedua, mereka lebih yakin BN sebagai satu institusi (yang mempunyai) rekod terbukti membangunkan negara kita, saya yakin kita boleh," katanya lagi.
Tiong Lai berdepan empat lagi saingannya bagi kerusi Parlimen itu, antaranya Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Roslan Hassan dari Perikatan Nasional (PN), Wong Tack calon Bebas yang juga penyandang kerusi itu serta Achik Khalil, calon Bebas.
Pada PRU14 lalu, Wong Tack dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 2,032 undi menewaskan dua lagi pencabarnya, Tiong Lai dan N. Balasubramaniam dari Pas.
Topic Berkaitan
#PRU15
#calon BN Parlimen Bentong
#Liow Tiong Lai
#pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan