awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 'Saya dihantar ke Titiwangsa bukan untuk disembelih'

Sinar Harian
Sinar Harian
07/11/2022
15:06 MYT
PRU15: 'Saya dihantar ke Titiwangsa bukan untuk disembelih'
Menurut Khalid, pucuk pimpinan parti Amanah berpendapat, beliau merupakan calon berpotensi dan terbaik untuk memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa. - Gambar SINAR HARIAN
SHAH ALAM: "Saya dihantar (bertanding) ke Titiwangsa bukan untuk disembelih, tetapi calon yang paling berpotensi dan terbaik untuk memenangi Parlimen itu," kata calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Titiwangsa, Khalid Abdul Samad.
Menurutnya, keputusan itu dibuat parti berdasarkan rekod baik dalam memegang jawatan penting ketika pentadbiran PH sebelum ini.
Beliau berkata, Parti Amanah Negara (Amanah) berpandangan bahawa beliau merupakan calon yang paling berpotensi untuk menang di kerusi tersebut.
"Pertama, berdasarkan rekod baik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Kedua, saya telah mencadangkan pembangunan Kampung Baru dengan kadar harga yang tinggi.
"Saya telah bersuara bila kerajaan Barisan Nasional (BN) nak menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk merampas tanah Kampung Sungai Baru pada harga yang rendah.
"Ketiga, oleh kerana saya telah terlibat dengan KLFA sehingga berjaya membawa kejayaan kepada pasukan Kuala Lumpur City, terbaik dalam sejarah selama 32 tahun," katanya ketika Program Sinar Live bertajuk Kenapa YB lompat kawasan?
Menurut Khalid, berdasarkan alasan berkenaan beliau dihantar ke Parlimen Titiwangsa dan keputusan itu bukanlah untuk 'disembelih'tetapi calon terbaik dan mampu menang.
Beliau bukannya calon payung terjun seperti yang disangkakan sebaliknya mempunyai hubungan dan interaksi yang baik dengan rakyat.
"Soal calon payung terjun tak begitu tepat kerana saya sudah ada interaksi dan kedua, sekuat-kuat Datuk Seri Johari Abdul Ghani hakikatnya dia telah kalah dengan Datuk Seri Rina harun dalam PRU14 yang mana Rina pun bukan pemegang apa-apa jawatan (ketika itu)," ujarnya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#calon PH PRU15
#Khalid Samad
#Parlimen Titiwangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan