awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Sebagai reformis, tindakan Tian Chua tidak bijak - Anwar

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
06/11/2022
07:31 MYT
PRU15: Sebagai reformis, tindakan Tian Chua tidak bijak - Anwar
Anwar menyatakan kekecewaannya selepas reformis parti itu yang menyandang kerusi Parlimen Batu selama dua penggal, memutuskan untuk kembali bertanding selaku calon Bebas menentang calon dari parti PKR. - Astro AWANI
BAYAN BARU: Sebagai seorang reformis parti, tindakan bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua yang memilih bertanding atas tiket Bebas dan melawan calon parti sendiri di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah tidak bijak.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berikutan tindakan tersebut, Tian Chua secara automatik dipecat berdasarkan perlembagaan parti yang menyatakan mana-mana ahli yang bertindak bertanding melawan parti sendiri akan dilucutkan jawatannya.
Menurut Anwar, beliau ada menasihatkan Tian Chua yang pernah menyatakan hasratnya untuk bertanding pada PRU15 sebelum ini.
"Dia ada bayangkan dan saya nasihat kerana dalam parti, perlembagaan kita jelas siapa yang bertanding dia terlucut jawatan dengan serta merta, dia ada nyatakan secara sepintas lalu, tetapi saya dah nasihatkan, ini adalah keputusan tidak bijak sebagai seorang reformis," katanya.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Tian Chua yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Batu.
BACA: Batu jadi 'pesta calon' dengan pertandingan 10 penjuru, paling ramai bagi PRU15
Beliau sebelum itu hadir pada majlis ramah mesra penduduk bersama Presiden PKR di Parlimen Bayan Baru di Astaka Desa Mayang di Bukit Gedong, Pulau Pinang pada Ahad.
Gelanggang PRU15 sudah dibuka, untuk calon penuh klik di sini!
Hadir sama, dua calon Pakatan Harapan (PH) iaitu bagi Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau).
Semalam , Anwar menyatakan kekecewaannya selepas reformis parti itu yang menyandang kerusi Parlimen Batu selama dua penggal, memutuskan untuk kembali bertanding selaku calon Bebas menentang calon dari parti PKR.
Kerusi Parlimen P115 Batu menyaksikan pertembungan sepuluh penjuru membabitkan calon penyandang, calon yang kembali bertanding dan muka baharu pada PRU15.
Calon PKR P Prabakaran yang juga penyandang kerusi Parlimen itu selaku calon termuda ketika itu, sekali lagi bertanding pada pilihan raya kali ini mewakili PH.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Parlimen Batu
#Anwar Ibrahim
#Tian Chua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan