Skip to main content

Malaysia

Rafiq cipta hatrik kejuaraan Terbuka Singapura

Muhammad Rafiq Ismail berjaya merangkul kejuaraan kategori lelaki buat kali ketiga pada Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Singapura 2026 yang berlangsung di Pusat Boling Rifle Range, pada Sabtu. - Gambar Bernama
Muhammad Rafiq Ismail berjaya merangkul kejuaraan kategori lelaki buat kali ketiga pada Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Singapura 2026 yang berlangsung di Pusat Boling Rifle Range, pada Sabtu. - Gambar Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail berjaya merangkul kejuaraan kategori lelaki buat kali ketiga pada Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Singapura 2026 yang berlangsung di Pusat Boling Rifle Range, pada Sabtu.

Dalam aksi final stepladder yang menyaksikan pertembungan sesama pemain Malaysia, Rafiq berjaya mempertahankan kejuaraannya selepas menewaskan Tun Hakim Tun Hasnul Azam 242-226.

Terdahulu, Tun Hakim menempah slot ke final selepas mengatasi rakan sepasukan Ahmad Muaz Mohd Fishol 247-175 pada peringkat separuh akhir.

Advertisement

Sementara itu, pemain muda negara dari Sarawak, Lavinia Kho Jia Jie merangkul gelaran kategori wanita selepas menewaskan rakan sepasukan, Nora Lyana Nastasia Norkamal pada aksi final.

Dalam perlawanan pertama, Lavinia mencatat kemenangan 192-184 sebelum mengesahkan kejuaraan menerusi kemenangan 201-188 dalam perlawanan kedua.

Advertisement

Terdahulu, Lavinia mara ke final selepas menundukkan Anis Hannan Romzi 258-166 dalam aksi separuh akhir.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement