awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Sembilan individu gagal mengundi, MyKad telah digunakan di Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/11/2022
10:18 MYT
PRU15: Sembilan individu gagal mengundi, MyKad telah digunakan di Kedah
Zaleha Abdul Rahman (kanan) ditemani anaknya, Zuliza Ramli dalam sidang media di Alor Setar, hari ini. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Seorang wanita warga emas yang datang untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Buluh Lima Kota Sarang Semut terkejut sebaik dimaklumkan oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang namanya sudah diguna pakai oleh individu lain yang tidak dikenali.
Zaleha Abdul Rahman, 75, mendakwa, dia yang tiba di pusat mengundi itu pada jam 9.55 pagi terkejut apabila petugas SPR berulang kali membuat semakan Mykad miliknya mendapati status namanya telah mengundi.
Dia yang ditemani anak perempuannya, Zuliza Ramli, 38, meluahkan rasa tidak puas hati kerana masih belum melaksanakan tanggungjawab itu.
“Mak cik pun terkejut, bukan kita tak biasa mengundi, mengundi daripada dahulu dan pertama kali jadi macam ini. Mak cik terkejut ketaq (ketar) pun. (Mak cik) berasa kecewa… kita tak boleh mengundi, siapa yang pergi undi? Mak cik pun hairan jugalah, yang kata penggundi hantu macam ini lah kot,” katanya yang ditemani anaknya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Sementara itu, Zuliza berkata, dia dan ibunya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Sarang Semut dan berharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara itu.
Dia berasa kesal kerana ibunya sangat bersemangat dan bangun seawal pukul 4 pagi untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), namun, gagal berbuat demikian.
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, polis telah menerima sembilan laporan daripada individu yang mendakwa mereka gagal untuk membuang undi kerana kad pengenalan mereka telah digunakan oleh individu lain pada proses membuang undi PRU15.
Wan Hassan memaklumkan, dua laporan polis dibuat di Sungai Petani, dua di Baling, dua di Kubang Pasu dan masing-masing satu di Alor Setar, Yan dan Kulim.
“Dalam sembilan kesa ini, kita telah buat semakan dengan pihak SPR sekiranya memang wujud berlaku (MyKad disalah guna)… kita akan buka siasatan di bawah Seksyen 7 Akta Pilihan Raya 1954 dan kita akan siasat kebenaran dan tindakan lanjut akan diambil,” kata Wan Hassan.
Topic Berkaitan
#PRU15
#gagal mengundi
#pengundi hantu
#MyKad disalah guna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan