awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: "Setahu saya, hanya nama saya sebagai calon BN di Sembrong" - Hishammuddin

Astro Awani
Astro Awani
27/10/2022
07:08 MYT
PRU15: "Setahu saya, hanya nama saya sebagai calon BN di Sembrong" - Hishammuddin
Sepengetahuan Datuk Seri Hishammuddin, hanya nama beliau diserah kepada pimpinan UMNO Pusat untuk dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Sembrong. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hanya satu nama diserahkan UMNO Bahagian Sembrong untuk diletakkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Sepengetahuan Hishammuddin, hanya nama beliau diserah kepada pimpinan UMNO Pusat untuk dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Sembrong
"Saya tidak tahu kawasan lain selain Sembrong. Setahu saya orang di Sembrong memberi cadangan nama saya kepada pucuk pimpinan, tidak ada nama lain.
"Bagaimanapun, apa sahaja boleh berlaku dalam politik. Kita harap yang terbaik dan jangkakan yang terburuk," kata Hishammuddin yang sudah empat penggal berkhidmat di Sembrong.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB), Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama Malaysian Battalion 850-10 (MALBATT 850-10) ke Lubnan bawah misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) di Pangkalan Udara Subang, dekat sini, hari ini.
Mengulas tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calon berprofil tinggi untuk bertanding pada PRU15, Hishammuddin berkata, pada akhirnya rakyat akan menentukan wakil mereka ke Parlimen.
"Saya tidak tahu bagaimana (ditentukan) calon berprofil tinggi. Menjadi calon ini seronok tetapi realitinya rakyat akan sokong mereka yang buat kerja," jelas Hishammuddin lagi.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Calon PRU15
#Parlimen Sembrong
#Hishammuddin Hussein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan