awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 'SPRM perlu lapor kepada Parlimen, bukan PM' - Hannah ikrar perangi rasuah

Sinar Harian
Sinar Harian
13/11/2022
00:40 MYT
PRU15: 'SPRM perlu lapor kepada Parlimen, bukan PM' - Hannah ikrar perangi rasuah
Saya juga mahu SPRM melaporkan akauntabiliti itu kepada Parlimen dan bukan kepada Perdana Menteri ataupun kepada kabinet. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Calon ahli Parlimen Segambut dari Pakatan Harapan (PH), Hannah Yeoh mendakwa rasuah di Malaysia tahapnya agak serius dalam semua lapisan pentadbiran di samping telah menjadi cara hidup kepada mereka yang mengamalkannya.
Disebabkan itu, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pihaknya mahu agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi sebuah organisasi yang kuat, mempunyai kuasa mengambil tindakan dan adil dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
“Dan saya juga mahu SPRM melaporkan akauntabiliti itu kepada Parlimen dan bukan kepada Perdana Menteri ataupun kepada kabinet,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Hannah yang merupakan penyandang Parlimen Segambut turut menyifatkan rasuah boleh mendatangkan maut sekiranya tidak ada ketelusan dalam setiap urusan.
“Walaupun rasuah RM1 ke, RM1 juta ke, RM1 bilion ke, akhirnya kalau kita tak hapuskan rasuah, boleh mendatangkan maut kepada rakyat Malaysia.
“Saya Hannah Yeoh calon Harapan di Segambut berikrar akan melawan rasuah habis-habisan di Parlimen dan jika diberi kuasa di Putrajaya,” tegasnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#PRU15
#parlimen Segambut
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan