awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: "Tak perlu sebar fitnah black ops" - Khairy buat laporan polis, SKMM

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/11/2022
04:38 MYT
PRU15: "Tak perlu sebar fitnah black ops" - Khairy buat laporan polis, SKMM
Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis terhadap satu akaun Twitter kerana menyebarkan maklumat palsu beliau telah mengarahkan agar pihak tertentu untuk memastikan kekalahan Datuk Seri Mohamad Hasan di Rembau.
KUALA LUMPUR: Enggan membiarkan dirinya menjadi mangsa permainan jahat segelintir pihak, calon Barisan Nasional P107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis terhadap satu akaun Twitter kerana menyebarkan maklumat palsu mengenainya.
Merujuk kepada paparan perbualan aplikasi ‘Whatsapp’ yang disebarkan akaun @aponakdikato, Khairy berkata, beliau juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk tindakan lanjut diambil.
Katanya lagi, paparan perbualan yang mendakwa seolah-olah beliau telah mengarahkan agar pihak tertentu untuk memastikan kekalahan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Rembau, adalah palsu.
“Fake. Tak perlu sebar fitnah black ops, “source: trust me bro” macam ini. Laporan polis dan SKMM akan dibuat, termasuk terhadap akaun Dr Bigger Balls (@apanakdikato) ini.
“Tolak fitnah dan politik kotor. Fokus kepada #KitaJagaSungaiBuloh,” katanya lagi.
Fake. Tak perlu sebar fitnah black ops, source: trust me bro macam ni. Laporan polis dan SKMM akan dibuat termasuk terhadap akaun Dr. Bigger balls ini. Tolak fitnah & politik kotor. Fokus pada #KitaJagaSungaiBuloh #KJ4SB https://t.co/mn86ylNqd4
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 17, 2022
Pemerhatian Astro AWANI mendapati perkongsian paparan perbualan oleh akaun itu telah dipadam, selepas ia menerima ribuan perkongsian semula oleh pengguna Twitter.
Bagaimanapun, rekod tangkap layar menunjukkan perbualan antara dua individu, termasuk seseorang yang menggunakan identiti Khairy sebagai “Bro KJ” mengarahkan seorang lagi individu untuk memecahkan undi, selain dijanjikan jawatan Setiausaha Politik sekiranya misi itu berjaya.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati perkongsian paparan perbualan oleh akaun itu telah dipadam, selepas ia menerima ribuan perkongsian semula oleh pengguna Twitter.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati perkongsian paparan perbualan oleh akaun itu telah dipadam, selepas ia menerima ribuan perkongsian semula oleh pengguna Twitter.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Tok Mat
#Rembau
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan