awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tidak sesuai diadakan pada musim tengkujuh- Tuan Ibrahim

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
25/09/2022
07:43 MYT
PRU15: Tidak sesuai diadakan pada musim tengkujuh- Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata buat masa sekarang, negara masih mempunyai pilihan dan masa yang mencukupi berikutan penggal Parlimen akan tamat pada tahun hadapan. - BERNAMA
KUALA MUDA: Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa perlaksanaan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) pada musim banjir adalah tidak sesuai.
Menurutnya, tindakan itu hanya akan membawa mudarat yang lebih besar termasuk bebanan yang dipikul oleh anggota penguatkuasa dan pelaksana seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Tambah beliau, Jabatan Meteorologi Malaysia juga telah menjangkakan bahawa negara akan menerima taburan hujan yang lebih tinggi pada pertengahan bulan November berbanding bulan-bulan lain yang mana boleh menyebabkan berlakunya banjir di banyak kawasan.
Tuan Ibrahim turut menjelaskan buat masa sekarang, negara masih mempunyai pilihan dan masa yang mencukupi berikutan penggal Parlimen akan tamat pada tahun hadapan.
"Seterusnya, (kita perlu tahu) keutamaan kita, sebab kalau kita sudah tamat tempoh (penggal), dan tidak ada pilihan lain, (itu) 'okey', tetapi (ketika ini) kita masih ada pilihan, tempoh itu masih ada.
"Nabi (juga) kata jangan ambil keputusan yang menimbulkan mudarat, (perlu) tinggalkan benda yang (menimbulkan) masalah kepada yang tidak (menimbulkan) masalah, kita ada masa (lagi).
"Bagaimanapun, (berhubung perkara) ini, PM akan akan buat keputusan, cuma Kabinet beri pandangan dan PM akan buat keputusan (terakhir berkaitan tarikh PRU-15)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 dan Sambutan 90 Tahun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Lembangan Sungai Muda, Kuala Muda pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim turut memaklumkan bahawa berdasarkan hasil dan maklum balas yang diterima daripada rakyat di Malaysia, hampir kesemua daripada mereka menolak untuk PRU15 diadakan ketika musim banjir.
Pada Sabtu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya PRU15 diadakan selepas musim banjir bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini terhadap pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka.
Beliau berkata selain mengambil kira faktor keselamatan, bencana banjir juga menyukarkan pergerakan pengundi.
Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan PRU15 bakal diadakan tahun hadapan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, lebih baik PRU15 diadakan selepas keadaan terkawal susulan jangkaan banjir besar hujung tahun ini.
Topic Berkaitan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#PRU15
#musim banjir
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan