awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tok Mat berdepan saingan lima penjuru

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
05/11/2022
02:40 MYT
PRU15: Tok Mat berdepan saingan lima penjuru
Datuk Seri Mohamad Hassan (tengah) berdepan dengan saingan lima penjuru selepas empat lagi calon mengesahkan pencalonan mereka bagi merebut kerusi P131 Parlimen Rembau. - Gambar Astro AWANI
REMBAU: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berdepan dengan saingan lima penjuru selepas empat lagi calon mengesahkan pencalonan mereka bagi merebut kerusi P131 Parlimen Rembau.
Pada proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Seri Rembau di sini pagi tadi, kesemua calon hadir bersama wakil parti dan penyokong mereka seawal pukul 8 pagi.
Mohamad atau mesra disapa Tok Mat berdepan dengan cabaran daripada calon empat parti lain iaitu Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Keempat-empat pesaing beliau ialah Jufitri Joha (PH), Ramli Awaluddin (GTA), Mohd Nazree Mohd Yunus (PN) dan S. Tinagaran (PSM).
Pada PRU14 (2018), bekas penyandang kerusi itu Khairy Jamaluddin yang kini bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan majoriti 6,028 undi selepas memperolehi 36,096 undi.
Khairy menewaskan pencabar terdekatnya ketika itu Roseli Abdul Ghani daripada PKR yang memperoleh 31,732 undi.
Topic Berkaitan
#PRU15
#penamaan calon PRU15
#Tok Mat
#Parlimen Rembau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan