awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Malik Streams
Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: UMNO Kelantan setuju Ismail Sabri calon Perdana Menteri

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
19/04/2022
23:45 MYT
PRU15: UMNO Kelantan setuju Ismail Sabri calon Perdana Menteri
Ahmad Jazlan berkata ia selaras dengan usul yang dikemukakan 11 daripada 14 bahagian UMNO Kelantan awal Februari lalu. -Astro AWANI
MACHANG: UMNO Kelantan setuju mencalonkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata ia selaras usul dikemukakan 11 daripada 14 bahagian UMNO Kelantan yang menamakan Ismail Sabri sebagai perdana menteri pada Persidangan UMNO Bahagian di Kelantan awal Februari lalu
"UMNO Kelantan juga menyambut baik dan menyokong penuh keputusan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) untuk menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy atau calon PM sekirnya BN memenangi PRU ke-15.
"Sebenarnya di Kelantan ia tidak asing bagi kita di mana dalam mesyuarat perwakilan UMNO di 11 daripada 14 bahagian telah membawa usul meminta parti menamakan Ismail Sabri sebagai calon PM," kata Ahmad Jazlan.
Kata beliau lagi, hanya tiga bahagian iaitu UMNO Bahagian Ketereh, Tanah Merah dan Gua Musang yang tidak mengusulkan Ismail Sabri sebagai calon PM.
Sebelum ini, MKT UMNO sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri bagi pilihanraya umum ke-15.
Sementara itu, Ahmad Jazlan sekali lagi menegaskan UMNO Kelantan akan menyertai pilihanraya umum ke-15 secara solo dengan bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
UMNO Kelantan, katanya, kekal dengan keputusan lalu membubarkan Muafakat Nasional (MN) dengan Pas Kelantan.
Bahkan jentera dan gerak kerja UMNO Kelantan telah terarah ke arah gerak kerja secara solo.
Ahmad Jazlan berkata demikian kepada pemberita di Machang petang semalam.
Topic Berkaitan
#Ahmad Jazlan Yaakub
#UMNO Kelantan
#ismail sabri yaakob
#calon perdana menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan