awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masalah bumbung bocor di Axiata Arena tidak akan berulang - PSM
Pegang kayu di plaza tol, polis buru dua individu
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: UMNO kenal pasti calon 'heavyweight' untuk bertanding di Selangor

Bernama
Bernama
03/07/2022
08:51 MYT
PRU15: UMNO kenal pasti calon 'heavyweight' untuk  bertanding di Selangor
Ahmad Zahid berkata perkara itu adalah antara kriteria yang akan diambil kira sebagai salah satu strategi PRU15 di Selangor. - Gambar fail
SABAK BERNAM: UMNO akan mengenal pasti calon-calon "heavyweight" Barisan Nasional (BN) termasuk yang berada dalam Kabinet untuk bertanding di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu adalah antara kriteria yang akan diambil kira sebagai salah satu strategi PRU15 di Selangor.
"Kita yakin itu satu kriteria yang benar (betul), pastinya saya bersetuju, kita akan kenal pasti calon-calon itu," katanya selepas hadir pada majlis Santai Mesra NGO Anak Muda Geng 18 bersama Presiden UMNO di sini hari ini.
Calon PRU | Tengku Zafrul tokoh muda berpotensi
BACA: PRU15: Tengku Zafrul sebagai calon heavyweight di Selangor? Ini jawapan Noh Omar...
Terdahulu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata beliau mengalu-alukan calon "heavyweight" atau yang berada dalam Kabinet untuk bertanding di kerusi Parlimen Selangor.
Noh berkata ia termasuk Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz misalnya disifatkan sebagai salah seorang tokoh muda yang berpotensi untuk diketengahkan dan dijadikan ikon di negeri itu.
Sebelum ini terdapat khabar angin turut bertiup mendakwa Tengku Zafrul akan bertanding di Parlimen Kuala Selangor selepas beliau dikatakan kerap "turun padang" di kawasan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#calon heavyweight
#Tengku Zafrul
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan