awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Zuraida giat kempen walaupun yakin mampu pertahan Ampang

Bernama
Bernama
07/11/2022
08:40 MYT
PRU15: Zuraida giat kempen walaupun yakin mampu pertahan Ampang
Zuraida berkata respons yang diterima daripada pengundi melalui kempen secara bersemuka dan ceramah yang dijalankan adalah positif memandangkan penduduk Ampang sudah lama mengenalinya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Walaupun yakin rekod prestasinya di Parlimen Ampang memberi kelebihan untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Datuk Zuraida Kamaruddin tetap memperhebat aktiviti kempennya kerana kali ini beliau tampil dengan logo baharu sebagai calon Parti Bangsa Malaysia (PBM).
"Orang Ampang kenal saya, tengok nama Zuraida selalunya tak ingat logo pun. Sebab itu saya kata Zuraida itu sudah menjadi jenama di Ampang, jadi saya gunakan jenama saya sebagai ahli Parlimen dan menteri," katanya ketika ditemui ketika mengadakan walkabout di Jalan Besar Ampang hari ini.
Memasuki hari ketiga berkempen, Zuraida berkata respons yang diterima daripada pengundi melalui kempen secara bersemuka dan ceramah yang dijalankan adalah positif memandangkan penduduk Ampang sudah lama mengenalinya.
"Selama saya berkhidmat di Ampang ini, saya sudah banyak berinteraksi termasuk menyelesaikan masalah mereka, menyampaikan bantuan semasa pandemik COVID-19. Semua itu mereka iktiraf dan menyuarakan sokongan kepada saya tetapi saya tidak anggap itu sebagai jaminan," katanya.
Zuraida berkata beliau yakin pengundi Ampang sudah matang dan boleh menilai perkhidmatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu terutamanya dalam aspek pendidikan.
Pada PRU15, Zuraida yang menyandang kerusi Parlimen Ampang selama tiga penggal, dicabar calon Barisan Nasional (BN) Ivone Low Yi Wen, Perikatan Nasional (PN) Sasha Lyna Abdul Latif, Bryan Lai Wai Chong (Warisan), Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang), dan Rodziah Ismail (Pakatan Harapan).
Tiga lagi adalah calon Bebas iaitu usahawan M. Raveendran, Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos, dan Tan Hua Meng, yang bertanding di bawah Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada PRU14.
Zuraida mengulangi pendirian untuk menyokong kerajaan yang akan dibentuk selepas PRU15 nanti tanpa mengira gabungan politik bagi memastikan kebajikan pengundi Ampang terbela.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Calon PRU15
#Zuraida Kamaruddin
#PBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan