awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putra tiada rancangan sertai mana-mana gabungan politik - Ibrahim Ali

Bernama
Bernama
20/06/2020
13:33 MYT
Putra tiada rancangan sertai mana-mana gabungan politik - Ibrahim Ali
Ibrahim berkata parti berusia 13 bulan itu masih selesa bergerak sendiri tanpa berpihak kepada mana-mana pihak. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) tidak mempunyai perancangan untuk menyertai mana-mana gabungan parti dalam masa terdekat, kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.
Beliau berkata parti berusia 13 bulan itu masih selesa bergerak sendiri tanpa berpihak kepada kerajaan mahupun pembangkang.
"Kami tidak berpihak ke mana-mana dan kami berpendapat terlalu awal untuk memberi sokongan kepada mana-mana pihak. Kami tidak mahu gopoh dan mahu menjadi parti yang issue-oriented," katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas parti itu pada Sabtu.
Ibrahim yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas berkata Putra telah memulakan persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15 yang boleh diumumkan pada bila-bila masa.
"... tidak tolak kemungkinan PRU boleh berlaku pada bila-bila masa, jadi kini kami sedang meneliti dan mengenal pasti kawasan dan calon untuk bertanding pada PRU akan datang," katanya.
Ibrahim berkata Putra akan mengadakan majlis konvensyen pertama parti pada Januari tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ibrahim Ali
#kerajaan
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#politik
#PRU
#PUTRA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan