POLITIK
Rantau memang kubu kuat BN, namun ... - Penganalisis

PRK Rantau akan menjadi platform untuk Pakatan Harapan menguji sokongan pengundi bukan Melayu di kawasan campuran
Dewan Undangan Negeri Rantau boleh dianggap sebagai kubu kuat bagi Barisan Nasional, namun Pakatan Harapan masih mempunyai harapan untuk mencipta kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau pada 13 April ini.
Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UNISEL, Profesor Madya Dr Hamdan Md Salleh terdapat beberapa faktor utama bagi PH untuk mengecap kemenangan di situ.
Keputusan kerusi Parlimen di Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang memihak kepada PH merupakan faktor utama yang mampu menjadi ukuran bagi PH merampas kerusi DUN.
Dr Hamdan ketika ditemu bual dalam program 'Komen Pagi' pada Selasa antara lain menggariskan faktor Pas yang tidak mempunyai sokongan kuat di kawasan ini.
Beliau berkata demikian dalam program 'Komen Pagi' pada Selasa.
Pada 29 November tahun lalu, Mohamad memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Calon PKR bagi DUN Rantau pada PRU14, Dr S Streram merangkap Naib Ketua PKR Cabang Rembau, memfailkan petisyen pada 23 Mei tahun lalu untuk membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan Mohamad memenangi kerusi DUN Rantau.
PKR pada Isnin telah menamakan Dr Streram sekali lagi sebagai calon bagi PRK Rantau yang akan diadakan pada Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram sebagai calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami