awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasa ingin merajuk tapi pemimpin perlu berjiwa besar, utamakan rakyat - Faizal Azumu

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
04/12/2020
07:33 MYT
Rasa ingin merajuk tapi pemimpin perlu berjiwa besar, utamakan rakyat - Faizal Azumu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (tengah) bercakap sesuatu kepada Speaker Dewan, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid (kanan) pada Persidangan DUN Perak. Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui jika diikutkan perasaan, timbul rasa ingin merajuk selepas melihat majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tidak lagi menyokong beliau.
Bagaimanapun, sebagai pemimpin, beliau perlu berjiwa besar dan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segalanya.
“Perasaan saya mungkin sudah pergi ke nombor lapan tapi kelangsungan perkhidmatan kerajaan itu mesti didahului.
“Saya akan berbincang dengan kepimpinan dari UMNO, Pas dan sebagainya untuk kita rujuk perkara berkenaan,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI pada Jumaat.
Dalam pada itu, ADUN Chenderiang itu memaklumkan beliau menerima perkenan untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada petang ini.
Bercakap kepada Astro AWANI, Ahmad Faizal berkata, dalam pertemuan itu, beliau akan mempersembahkan apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pagi tadi.
“Saya amat-amat yakin dan percaya Sultan akan buat satu keputusan yang tentunya memikirkan tentang kebaikan kepada negeri dan rakyat,” ujarnya.
Menurutnya, beliau akan menghadap Sultan Nazrin pada pukul 5 petang ini namun tidak tahu siapakah individu lain yang akan turut sama dalam pertemuan itu.
BACA: "I miss you guys sometimes actually, seriously" - Ahmad Faizal
BACA: Mungkin petanda baik buat negara, UMNO boleh kerjasama dengan DAP - Faizal Azumu
BACA: "Saya nampak tenang tapi berkocak" - Faizal Azumu
Topic Berkaitan
#politik perak
#Menteri Besar
#Ahmad Faizal Azumu
#ADUN
#ADUN Chenderiang
#Dewan Undangan Negeri
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan