KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mengesahkan Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak tidak mendedahkan sama ada Ahli Parlimen Serian itu akan mempertahankan kerusi berkenaan atau tidak.
Dr Sim turut berkata SUPP tidak akan meletakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu untuk bertanding di peringkat Parlimen dalam PRU15 bagi memberi laluan kepada muka baharu.
"Keseluruhan kerusi Gabungan Parti Sarawak yang bertanding PRU15 adalah 31 dan tujuh daripadanya adalah kerusi SUPP. Richard sudah pasti dicalonkan sementara enam lagi adalah muka baharu," katanya.
Beliau berkata SUPP tidak mahu menjadi seperti parti tertentu yang calon mereka sudah menjadi ADUN tetapi mahu bertanding di parlimen.
"Gaji dua kali tapi kerja hanya buat sekali, itu tidak sihat dan tidak ada peluang untuk kami mempersiapkan orang muda," kata beliau kepada pemberita selepas majlis "Lantern of Unity" anjuran Wanita SUPP di Taman Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini malam ini.
Sebelum ini, media melaporkan Riot, 70, yang sudah menjadi Ahli Parlimen Serian sejak 1990 berkata keputusan sama ada beliau bakal mempertahankan kerusi itu diserahkan kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mengesahkan Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem (foto) akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar fail/Astro AWANI

Akta Pembaharuan Semula Bandar buka kelebihan ketara - PropertyGuru Malaysia
Akta itu dijangka mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi.

Pemilihan PKR: Jangan berkempen hingga pupuk rasa benci kepada calon lain - Fahmi
Calon yang bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar tidak memupuk rasa benci kepada calon lain semasa berkempen.

KPKM komited transformasi sektor pertanian lebih moden, dinamik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk mentransformasikan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya maju.
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu yang memanas pada ketika ini dalam kalangan penyokong kedua-dua calon dalam pemilihan PKR pada ketika ini.
Sanusi sahkan terima jemputan rasmi hadiri LIMA '25
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahkan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri semua acara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.
Berkempen secara terbuka selari dengan semangat reformasi - Rafizi
v
Pengarah eksekutif antara tiga individu direman SPRM
Tiga individu termasuk seorang bekas pengarah eksekutif ditahan reman kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi tujuan tuntutan berjumlah kira-kira RM2.5 juta.
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
My Asli mahu kerajaan iktiraf jurubahasa isyarat sebagai kerjaya rasmi
Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (My Asli ) mahu Kerajaan mengiktirafkan Jurubahasa Isyarat sebagai kerjaya profesional sejajar dengan peranan mereka menjadi penghubung komunikasi antara komuniti pekak dan masyarakat umum dinegara ini.

Rusia lihat wujud prospek usaha sama dengan Malaysia dalam minyak & gas, tenaga - Putin
Presiden Rusia Vladamir Putin berkata beliau melihat wujudnya prospek bagi usaha sama antara Rusia dan Malaysia dalam bidang gas asli dan tenaga nuklear.

Richard Riot antara calon SUPP bertanding pada PRU15 - Dr Sim
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mengesahkan Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Richard Riot masih ahli SUPP, tidak sertai PKR
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem masih ahli Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Richard Riot sertai PKR
Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Richard Riot Jaem diumum menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Gaji minimum graduan TVET dicadang dinaikkan kepada RM3,500
Langkah itu jelasnya, bagi menyelaraskan gaji minimum pekerja mahir dari luar negara yang kini memperoleh gaji minimum lebih daripada angka berkenaan.

1 Mei masih cuti umum Hari Pekerja 2018
Cuti umum bersempena Hari Pekerja tahun ini kekal pada 1 Mei meskipun program sambutan Hari Pekerja ditunda.

Pilihan raya 1 Mei hanya kemungkinan - Richard Riot
Riot memaklumkan tarikh itu mungkin dipilih memandangkan ramai yang berpendapat pilihan raya perlu diadakan sebelum bulan Ramadan tiba.

Hari Pekerja 2018 mungkin tidak disambut 1 Mei - Riot
Sambutan itu mungkin hanya boleh dibuat selepas 'satu raya besar' yang merujuk kepada pilihan raya umum ke-14.

SIP: Kerajaan belanja RM803,000 pada bulan pertama
Sejumlah 1,336 peserta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) telah menerima manfaat daripada inisiatif itu sejak dilaksanakan pada Januari sehingga 28 Februari lepas.

328,056 penerima pencen nikmati tunggakan pelarasan baharu
Seramai 328,056 penerima pencen bakal menerima tunggakan pelarasan faedah berkala baharu yang akan dibayar mulai 26 Disember ini.

RUU Sistem Insurans Pekerjaan dibentang
Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (SIP) mula dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Rabu.