awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK11 mampu beri impak positif kepada negara dan rakyat - Presiden PAS

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2015
14:13 MYT
RMK11 mampu beri impak positif kepada negara dan rakyat - Presiden PAS
ABDUL HADI: Masih banyak kelemahan yang perlu diteliti dan ditangani dengan cekap oleh kerajaan di bawah kepemimpinan Najib.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu memberi impak positif kepada negara dan rakyat.
Presiden PAS itu berkata, pelbagai kemudahan yang disediakan untuk kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara yang diimbangi dengan pemuliharaan alam sekitar adalah usaha yang baik.
Namun beliau menegaskan, masih banyak kelemahan yang perlu diteliti dan ditangani dengan cekap oleh kerajaan di bawah kepemimpinan Najib.
"Ada yang negatif ada yang positif, kemudahan-kemudahan yang sudah ada tapi masih ada yang ketinggalan di Pantai Timur.
"Kita beri peluang dia (kerajaan) betulkan itu semua. Insya-Allah saya akan berucap (di parlimen) Isnin atau Selasa," katanya kepada media selepas solat Jumaat di Rusila hari ini.
Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, turut menyatakan pendirian PAS untuk "memberi peluang kepada kerajaan untuk membetulkan semua kelemahan itu."
Menurut Abdul Hadi, beliau akan memperincikan perkara itu dalam ucapannya di parlimen pada Isnin atau Selasa minggu depan.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Najib Razak
#PAS
#RMK11
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan