KOTA KINABALU: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Jeffrey Kitingan mengesahkan rombakan kabinet yang dilakukan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mendapat restu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jeffrey ketika ditemui di luar Istana Seri Kinabalu berkata beliau turut gembira dengan penglibatan wanita dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) di dalam kabinet negeri Sabah dan melihatnya sebagai kerajaan yang lengkap.
"Ia (kabinet) yang lebih lengkap. Ada (penglibatan) wanita dan (ADUN) Pakatan Harapan, jadi ianya sangat baik.
"Ya (gembira). Mereka (Anwar Ibrahim) telah menghubungi Ketua Menteri malam semalam," ujar Jeffrey pada Rabu.
Tambah Jeffrey, rombakan kabinet itu merupakan konsensus di antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) Sabah, dan 5 ADUN UMNO berserta 1 ADUN lantikan (Dr. Aliakbar Gulasan), dan ADUN Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Rina Jainal.
Terdahulu, satu Majlis Angkat Sumpah ahli jemaah kabinet baharu telah diadakan di Dewan Kunjungan, Istana Seri Kinabalu pada 10.00 pagi Rabu.
Rombakan kabinet itu turut menyaksikan Datuk Shahelmey Yahya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri III, merangkap Menteri Kerja Raya mewakili kuota UMNO sekali gus menggantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya.
Rombakan kabinet tersebut walau bagaimanapun tidak direstui Bung selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dengan berkata beliau tidak mengiktiraf rombakan tersebut sambil menyatakan lantikan dua ADUN BN (Shahelmey dan James Ratib) itu bersifat peribadi dan bukannya demi kepentingan parti.
Abdul Hafiz Mustadi
Wed Jan 11 2023

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Jeffrey Kitingan menyifatkan rombakan kabinet pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai lengkap. - Gambar fail

Penat dengan politik Bollywood punca Priyanka Chopra bawa diri
Chopra Jonas menyifatkan kehadirannya dalam industri Bollywood seolah ditolak ke satu sudut ketika itu.

Armada kecam tindakan laman FB Kelab Peminat Kartunis Zunar
Armada mengecam tindakan pemilik laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club yang dilaporkan mencemar kesyumulan Islam.

KPM rangka pelan tangani isu guru bersara awal
Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui guru bersara awal adalah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh.

Lawatan rasmi buka lembaran hubungan strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi ke China hari ini sehingga 1 April ini. Lawatan rasmi ini bakal membuka lembaran baharu dalam mengukuhkan hubungan strategik antara Kuala Lumpur dan Beijing ke arah yang lebih komprehensif. Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad kini berada di Beijing untuk membawakan perkembangan terperinci jadual padat Perdana Menteri di China.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah, saingan kepada bazar biasa

Presiden UMNO sahkan Ketua Menteri Melaka letak jawatan
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah jadi tumpuan

Harga siling ayam dan telur diputuskan Khamis
Kerajaan berkemungkinan akan mengumumkan harga siling bagi bekalan ayam dan telur menjelang perayaan Aidilfitri esok sementara menantikan perbincangan dua kementerian pada Rabu.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat Ketua Menteri baharu
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi - Ab Rauf
Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meminta semua pihak bersabar dan menunggu pengumuman rasmi berhubung desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka, Jumaat ini.

Ketua Menteri Melaka bakal bertukar Jumaat ini?
Ketua Menteri Melaka dijangka bertukar Jumaat ini selepas Datuk Seri Sulaiman Md Ali dikatakan akan melepaskan jawatan itu.

Ahmad Said dilantik semula Pengerusi Ketengah - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), umum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Shahaniza dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah KESB
Menurut Shahaniza, ia bukan tugas mudah dan menyifatkan ia satu cabaran baharu khususnya dalam dunia pendidikan di negeri tersebut.

Tun M tegaskan akan terus terlibat dalam politik demi negara
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan terus terlibat dalam arena politik memandangkan khidmatnya masih diperlukan oleh rakyat di negara ini.

Dana politik: "Bukan hanya pembangkang, pemimpin kerajaan turut disiasat" - PM Anwar
Pihak penguatkuasa sahkan bahawa siasatan terhadap pemimpin kerajaan turut dilakukan, kata PM.

Lantikan politik: Perlu bezakan antara GLC dan badan berkanun - Loke
Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke ketika menyanggah kritikan berhubung isu pelantikan beberapa ahli politik ke dalam badan berkanun.

Ketua Pembangkang Rahul Gandhi hilang kerusi Parlimen selepas disabitkan dalam kes fitnah
Pemimpin parti Kongres itu, yang mewakili Wayanad, selatan Kerala, telah hilang kelayakan sebagai ahli dewan rakyat.
![[KOLUMNIS] Keperluan kawalan ke atas pembiayaan politik [KOLUMNIS] Keperluan kawalan ke atas pembiayaan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679394881_DanaPolitik.jpg)
[KOLUMNIS] Keperluan kawalan ke atas pembiayaan politik
Maruah diri tidak lagi bernilai tetapi kedudukan dan wang ringgit menjadi kayu ukur kejayaan seseorang. Maruah negara di mata dunia tidak diperdulikan hanya kerana ingin mengekalkan kuasa.

Thailand bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada Mei
Raja Maha Vajiralongkorn telah mengesahkan dekri untuk membubarkan Parlimen, menurut Warta Diraja yang diterbitkan pada Isnin.

Isunya bukan takut, tapi Mahathir cuba menghasut - Nazri
Mohamed Nazri berkata beliau 'pelik' dengan sikap Mahathir yang sangat prihatin dengan nasib orang Melayu ketika tidak ada kuasa.