awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus selesai' - Idris

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2023
06:56 MYT
'Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus selesai' - Idris
Idris menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Pas Perak di Arena Lawin, Pekan Lawin di sini pada Ahad. - Gambar/ Sinar Harian
LENGGONG: Rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah berjalan hampir 50 peratus.
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad memaklumkan rundingan tersebut masih berjalan di antara Pas bersama rakan-rakan di dalam komponen PN menjelang PRN yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Menurutnya, pembahagian kerusi bagi kesemua negeri terlibat masih belum dimuktamadkan di peringkat pimpinan PN Pusat.
"Pembahagian kerusi 'on progress' di peringkat rundingan. Kita sudah dapat maklumat (pembahagian kerusi) di peringkat negeri-negeri dan perkara ini akan diperhalusi di peringkat pusat.
"Setakat ini sedang berjalan sudah hampir 50 peratus, cuma nak tengok sama ada terdapat kerusi yang perlu ditukar secara bersama, itu sedang dalam perundingan," katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Pas Perak di Arena Lawin, Pekan Lawin di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Pas Perak akan menghantar jentera mereka bagi membantu PN di Selangor dan Pulau Pinang bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, di Perak terdapat 24 Pas kawasan yang sudah bersedia membantu jenteran PRN bagi kedua-dua negeri berkenaan.
Menurutnya, sebanyak 12 kawasan akan membantu PN di Selangor manakala selebihnya pula akan ke Pulau Pinang membantu jentera di negeri terbabit.
"Memang kami dalam kesiapsiagaan yang maksimum dan kita telah pun mendapat taklimat dari kawasan yang perlu kita beri bantuan. Memang kita bahagi untuk kawasan sebab di Perak ada 24 kawasan, 12 kawasan akan turun ke Selangor dan 12 kawasan akan turun ke pulau Pinang.
"Setiap kawasan telah pun ditentukan mana satu lokasi DUN yang akan dibantu," katanya.
Pada 25 Mac lalu, Ketua Pengarah Pilihan Raya bagi gabungan itu, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa PN sudah menyelesaikan pembahagian kerusi DUN di enam negeri yang akan menghadapi PRN tahun ini.
Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata bagaimanapun keputusan yang dicapai di peringkat enam negeri itu akan dibawa kepada PN pusat untuk dimuktamadkan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#rundingan kerusi
#PN
#Idris Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan