awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU 355: Tiada pendirian rasmi sehingga dibentang di Parlimen - PPBM

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
14/03/2017
09:04 MYT
RUU 355: Tiada pendirian rasmi sehingga dibentang di Parlimen - PPBM
MUHYIDDIN: "Selagi kami tidak tahu format akhirnya, agak sukar untuk kami menyatakan pendirian." - Gambar fail
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan membuat pendirian rasmi berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 selagi ia belum dibentangkan di Parlimen.
Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak boleh memberikan persetujuan kepada RUU 355 selagi butiran mengenainya masih belum jelas.
"Selagi kami tidak tahu format akhirnya, agak sukar untuk kami menyatakan pendirian," kata Muhyiddin pada sidang akhbar Mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada Ahad yang mendakwa Muhyiddin sudah menyatakan persetujuan atas pelaksanaan Akta RUU 355.
Pada 24 Nov tahun lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul RUU itu di Dewan Rakyat, bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau Akta 355, untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#PPBM
#Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah Pind
#RUU 355
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan