KUALA LUMPUR: Keputusan untuk tidak membentangkan Rang Undang-Undang Antilompat Parti pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Isnin ini bagi memberi laluan kepada pindaan Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mencerminkan ketelitian kerajaan.
Beberapa pakar perlembagaan berpendapat langkah memberi keutamaan kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan melibatkan penggubalan punca kuasa di bawah Perkara 10 bagi memberi kuasa untuk penggubalan akta baharu berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti bukanlah bermaksud kerajaan bermain tarik tali.
Sebaliknya, langkah cermat dan berhemah yang diambil kerajaan menurut mereka adalah bertujuan bagi memastikan tidak berlaku percanggahan dalam segala aspek perundangan negara pada masa hadapan dan berada dalam keadaan teratur.
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menyentuh mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata tindakan kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan adalah didorong oleh contoh kes yang berlaku di Kelantan pada 1992 apabila Mahkamah Agung memutuskan peruntukan Antilompat Parti dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan.
Beliau berkata dalam kes itu, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) terbabit menyertai persatuan lain, jadi Mahkamah Agung menyatakan bahawa seorang ADUN boleh meninggalkan partinya untuk bertukar kepada parti lain kerana mereka mempunyai hak kebebasan berpersatuan.
"Kalau menerima pakai keputusan kes itu, maka apa juga undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan dikatakan tidak sah.
"Oleh itu, kalau (kerajaan) nak memperkenal Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang intipatinya akan menyebabkan seorang Ahli Parlimen hilang kerusinya (ini) bermaksud mereka tidak mempunyai kebebasan berpersatuan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu juga berkata pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Dewan Rakyat serta Dewan Negara bagi bacaan kali kedua dan ketiga.
Senada dengan Shamrahayu, pakar undang-undang Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata pindaan dengan memasukkan pengecualian terhadap kebebasan berpersatuan adalah satu langkah yang perlu bagi mengelakkan timbulnya implikasi perundangan pada masa hadapan.
Beliau berkata langkah tepat kerajaan itu bagaimanapun perlu disegerakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Cumanya usaha untuk menjalankan undang-undang antilompat parti ini telah berjalan agak lama dan kita amat berharap kerajaan mengambil langkah segera supaya setiap usaha ini dapat berjalan dengan cepat terutama sebelum pilihan raya umum yang akan datang.
"Kita mengharapkan undang-undang ini dapat direalisasikan agar kestabilan politik negara lebih terjamin dan dapat mengelakkan amalan lompat parti yang menjejaskan mandat yang diberi oleh rakyat dan juga membuka ruang kepada rasuah melibatkan pemimpin politik," katanya.
Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Intan Nadia Ghulam Khan pula berkata langkah yang diambil oleh kerajaan adalah tepat demi kestabilan politik negara.
Beliau berkata berdasarkan Perkara 10 Fasal 1(c) Perlembagaan Persekutuan, semua warganegara berhak membentuk persatuan manakala di bawah Perkara 10 Fasal 2(c), ia memperuntuk Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan apa-apa sekatan yang didapati perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
"Saya berpandangan memang terdapat satu keperluan untuk dibuat pindaan Perlembagaan sebelum Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dibentang di Parlimen agar ia tidak bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita melihat kepada faktor keperluan untuk kestabilan dari sudut politik terutamanya.
"Kita memang harapkan adanya undang-undang antilompat parti ini kerana kita telah melihat ketidakstabilan itu berlaku disebabkan faktor ini. Saya rasa langkah kerajaan untuk membentangkan rang undang-undang ini adalah sesuatu yang sangat penting untuk kesejahteraan negara daripada pelbagai aspek," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Rang Undang-Undang Antilompat Parti tidak akan dibentang pada Sidang Khas Dewan Rakyat Isnin ini.
Bagaimanapun, Wan Junaidi serta Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Khamis dalam satu kenyataan memaklumkan sidang khas itu diteruskan untuk membentang serta membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022.
Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) berhubung antilompat parti akan dibentang, dibahas dan diluluskan pada satu lagi sidang khas Parlimen yang akan ditentukan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022
Shamrahayu berkata tindakan kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan adalah didorong oleh contoh kes yang berlaku di Kelantan pada 1992. - Gambar fail
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.
RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker
Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.
RUU Antilompat Parti: Pahang sedia bentang jika pembangkang sokong
Kerajaan negeri Pahang sedia membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei ini jika mendapat persetujuan dua pertiga wakil rakyat, kata M
Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon
ADUN Kadamaian itu berkata, cadangan itu penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.
DUN Perak lulus RUU larang ADUN lompat parti
Usul pindaan itu dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan ia disokong sebulat suara oleh semua ADUN yang hadir pada persidangan DUN Perak.
RUU Antilompat Parti dibentang di DUN Sabah selepas PRU15 - Hajiji
Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti akan di bawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan pada bulan depan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.
DAP adakan Kongres Khas 25 Sept, pinda perlembagaan
DAP akan mengadakan Kongres Khas pada 25 Sept ini dengan matlamat utama untuk meminda dan menyelaraskan perlembagaan parti itu seiring Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang diluluskan di Parlimen.
RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober
Kerajaan Negeri Sembilan dijadual mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti pada Oktober ini.
RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.
RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri
Jelas Abang JohariSarawak sudah ada peruntukan dalam perlembagaan mengenai tindakan lompat parti namun tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.