Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Kinabatangan berhasrat bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau yang terletak di dalam Parlimen itu.
Ketua Bahagian Bersatu Kinabatangan, Aksyah Nasrah berkata, pihaknya ada menghantar beberapa nama sebagai calon dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah.
Menurutnya, beliau sendiri berhasrat untuk bertanding di DUN Sukau.
"Pada hari ini saya mengumumkan bahawa Bersatu berhasrat untuk diberikan peluang bertanding di DUN Sukau.
"Ini juga sebagai tanda penghormatan kepada UMNO Sabah yang mana Datuk Seri Bung Moktar Radin mencalonkan dirinya di DUN Lamag.
"Jadi kita tidak ingin bertembung dan kita minta agar kita diberi peluang untuk bertanding di Sukau," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Persidangan Tahunan Bersatu Kinabatangan, di Kinabatangan, pada Sabtu.
Terdahulu, kerusi DUN Sukau disandang oleh Datuk Saddi Abdul Rahman atas tiket UMNO.
Beliau kemudiannya menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) sebelum keluar menyertai kem Tan Sri Musa Aman.
Radhi Muslim
Sat Aug 22 2020
Ketua Bahagian Bersatu Kinabatangan, Aksyah Nasrah berkata, pihaknya ada menghantar beberapa nama sebagai calon bagi PRN Sabah. - Foto Astro AWANI
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Sabah Memilih: Bersatu impi kerusi DUN Sukau
Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Kinabatangan berhasrat bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau yang terletak di dalam Parlimen itu.
"Ragat tetap ragat", kata azimat perjuangan Bersatu Kinabatangan
Ragat tetap ragat ini slogan di Kinabatangan sahaja. Ia menunjukkan bahawa Bersatu ini bukan parti yang kata orang bukan calang-calang.