awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah Memilih: Madius Tangau pertimbang bertanding pada PRN Sabah

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
03/08/2020
06:03 MYT
Sabah Memilih: Madius Tangau pertimbang bertanding pada PRN Sabah
MADIUS berkata, menjelaskan keputusan itu ekoran permintaan daripada pelbagai pihak.
Datuk Seri Wilfred Madius Tangau memberi bayangan akan bertanding bagi salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.
Beliau yang juga Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menjelaskan keputusan itu ekoran permintaan daripada pelbagai pihak.
Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, sebarang keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat selepas mengadakan mesyuarat bersama pimpinan parti UPKO.
"Memang ada permintaan bertanding dan saya akan mempertimbangkan, apapun ini bukan masa untuk mengumumkan tunggu dalam masa dua minggulah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri pertemuan tertutup di antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan komponen Pakatan Harapan (PH) di Kolombong, Kota Kinabalu, pada Isnin.
Dalam sidang media terdahulu di majlis itu, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan pengagihan kerusi dan senarai calon berkemungkinan akan diumum selewat-lewatnya minggu hadapan.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Madius berkata, UPKO bersedia mempertahankan jumlah kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu tetapi rundingan di antara parti lain masih giat dijalankan.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Tuaran
#kerusi DUN Sabah
#Presiden UPKO
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#UPKO
#Wilfred Madius Tangau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan