Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Sabah pada Sabtu bagi lawatan pertama beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.

Beliau juga sempat berkunjung ke Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah di Alam Mesra, di sini pada pagi ini.

Muhyiddin kemudiannya menghadiri satu perjumpaan dengan pimpinan Bersatu Sabah sekitar jam 11.45 pagi sebelum meneruskan program seterusnya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada sebelah tengah hari.

Sekitar jam 3.30 petang nanti, Muhyiddin akan mengadakan perhimpunan dengan anggota Jabatan Relawan Malaysia (RELA) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dijangka akan turut akan dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Untuk program lanjutan, beliau dijangka akan menghadiri majlis pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan sekutunya di Kota Kinabalu.