awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah Memilih: SPR akan perketat SOP

Assim Hassan, Ruzaini Zulkepli
Assim Hassan, Ruzaini Zulkepli
17/08/2020
11:08 MYT
Sabah Memilih: SPR akan perketat SOP
SPR menyasarkan sebanyak 70 peratus akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 ini. - Gambar fail
Prosedur operasi standard (SOP) akan diperketatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah.
Timbalan Pengerusinya, Dr Azmi Sharom berkata, ini termasuklah laluan khas akan disediakan bagi golongan warga emas berusia 70 tahun ke atas selain menetapkan langkah-langkah pematuhan SOP lain bagi mengekang pandemik COVID-19.
Beliau berkata, selain itu, golongan orang kelainan upaya (OKU) juga akan diletakkan di Saluran Satu pada hari pengundian nanti.
"Selain keputusan SPR tidak menggunakan sarung tangan dan berus pencalit kepada para pengundi, SOP baharu ini diyakini mempercepatkan dan sekali gus melancarkan proses pengundian," katanya.
SPR menyasarkan sebanyak 70 peratus akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 ini.
Justeru, SPR memohon kerjasama semua pihak termasuklah media dan parti politik agar mengambil langkah menyeru serta menggalakan pengundi keluar mengundi.
Jelas beliau, untuk rekod, jumlah daftar pemilih diakui adalah seramai 1,124,598 pengundi yang terdiri daripada 1,103,646 pengundi biasa, 9,448 anggota tentera dan pasangan, 11,423 anggota polis serta 81 pengundi luar negara.
Topic Berkaitan
#azmi sharom
#OKU
#pengundi
#pilihan raya negeri
#PRN
#Sabah
#undi
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan