awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sah! Khairy bakal bertanding calon Presiden UMNO

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2018
07:26 MYT
Sah! Khairy bakal bertanding calon Presiden UMNO
Ahli Parlimen Rembau berusia 42 tahun itu telah menjadi ahli UMNO sejak 17 Januari, 2000. - Gambar fail
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menawarkan diri bertanding untuk kerusi Presiden UMNO bagi penggal 2018/19.
Dalam satu pautan di laman Instagram peribadinya, Khairy memuat naik imej borang pencalonan beliau bertarikh 17 Jun, 2018 (Ahad) mengumumkan beliau bakal menghangatkan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO tersebut pada 30 Jun.
Ahli Parlimen Rembau berusia 42 tahun yang telah menjadi ahli UMNO sejak 17 Januari, 2000 itu bakal menentang veteran politik, Tengku Razaleigh Hamzah dan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KJ, UMNO
Borang pencalonan Khairy Jamaluddin yang dimuat naik di Instagram peribadinya hari ini. - Sumber foto IG KJ
Dalam pautan yang dimuat naik sekitar jam 2.53 petang tadi, Khairy menulis kapysen, 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan... Bismillahirrahmanirrahim'.
Seorang lagi pencabar setakat yang belum dikenal pasti iaitu ahli perniagaan dan blogger, Rahmat Azim Abdul Aziz.
BACA: Khairy bertanding jawatan Presiden UMNO?
Petang ini (17 Jun) adalah hari terakhir untuk penyerahan borang pencalonan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Instagram
#Khairy Jamaluddin
#Majlis Tertinggi UMNO
#Rahmat Azim Abdul Aziz
#Rembau
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan