awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin kini Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
19/10/2015
13:29 MYT
Saifuddin kini Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan
Pelantikan Saifuddin (gambar) sebagai ketua setiausaha sekretariat tersebut berkuat kuasa serta-merta. -Gambar fail
Tidak sampai seminggu menjawat jawatan sebagai ahli baharu PKR, Datuk Saifuddin Abdullah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan.
Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di lobi Parlimen hari ini.
Pelantikan bekas ahli majlis tertinggi UMNO itu sebagai ketua setiausaha sekretariat tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Menurut Wan Azizah, Pakatan Harapan akan membentuk sebuah jawatankuasa menggubal perjanjian dan dasar bersama.
"Jawatankuasa bertanggungjawab bagi menggubal satu perjanjian pakatan serta dasar bersama.
"Ini akan dianggotai tiga orang wakil dari setiap parti," kata beliau.
Sementara itu, ketika dihubungi Astro AWANI, Saifuddin memaklumkan beliau terkejut dengan pelantikan tersebut.
"Pertemuan dengan Dr Wan Azizah akan dilakukan segera bagi mendapatkan arahan selanjutnya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya," kata beliau melalui khidmat pesanan WhatsApp.
Saifuddin umum keluar daripada UMNO dan menyertai PKR Khamis lalu.
Tindakan ini mengakibatkan beliau menerima kritikan hebat daripada pimpinan UMNO, termasuk Setiausaha Agungnya sendiri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyatakan parti itu tidak akan terjejas dengan tindakan Saifuddin kerana beliau telah tewas pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).
Topic Berkaitan
#Ketua Setiausaha
#Saifuddin Abdullah
#Sekretariat Pakatan Harapan
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan