POLITICS
Saiful Bukhari sindir Anwar Ibrahim?

Saiful berharap harap agensi kerajaan dan juga institusi mengambil cakna kepada fakta dan elakkan daripada melibatkan calon dalam program atau majlis yang menampakkan ketidakadilan. - Foto Bernama
Sindiran dilemparkan calon Bebas, Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap calon PRK Parlimen Port Dickson yang dikatakan menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.
Tanpa memetik mana-mana nama calon tersebut, Mohd Saiful berkata, dapat dilihat dengan jelas terdapat calon yang melanggar kandungan ikrar menyokong pilihan raya bersih dan adil.
“Ada enam isi kandungan dalam ikrar dan antaranya tidak menggunakan sumber, kenderaan, kakitangan, program dan jentera kementerian, jabatan, agensi dan badan-badan berkaitan kerajaan persekutuan, negeri serta tempatan untuk kerja kempen pilihan raya.
“Malah ada juga calon yang menggunakan masjid untuk berucap kononnya sebagai tazkirah,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, Mohd Saiful antara lima calon menandatangani ikrar menyokong pilihan raya bersih dan adil, namun dua lagi calon iaitu Mohd Nazari Mukhtar dan Tan Sri Isa Samad menolak perkara itu.
Sementara itu, Pemangku Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari, berkata Bersih 2.0 sememangnya tidak bersetuju dengan budaya sekiranya terdapat calon yang menggunakan jentera kerajaan.
Menurutnya, hal itu jelas, diharap agensi kerajaan dan juga institusi mengambil cakna kepada fakta dan elakkan daripada melibatkan calon dalam program atau majlis yang menampakkan ketidakadilan.
“Bagi kesalahan ini, kita masih dalam proses mengumpul maklumat dalam kes yang dilaporkan.
Laporan ini tidak akan ditutup dan ia akan serah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami