Skip to main content

Politik

Salahkan kejayaan kaum lain tidak beri manfaat kepada ekonomi orang Melayu - Mohamad

REMBAU, 27 Julai -- Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berucap ketika berkempen untuk calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.28 Kota, Muhammad Allif Ibrahim di Astana Raja, hari ini.  DUN Kota menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Allif Ibrahim; penyandang kerusi Barisan Nasional (BN), Suhaimi Aini; dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Akmal Noradzmi Abd Rahim pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembil
Mohamad berkata cara sebenar untuk memartabatkan bangsa adalah melalui kerja keras dan hasil titik peluh sendiri. - Foto BERNAMA
Advertisement

REMBAU: Perbuatan menghasut dan menyalahkan kejayaan kaum lain termasuk dalam sektor pertanian tidak memberi sebarang manfaat kepada ekonomi orang Melayu, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata tindakan sedemikian juga akan menyebabkan orang Melayu terus ketinggalan.

“Daripada kita menghabiskan masa mengkritik kejayaan kaum lain, lebih baik kita tumpu tenaga buka ladang, tingkatkan pengeluaran makanan dan bantu anak muda bina perniagaan.

“Cara sebenar untuk memartabatkan bangsa adalah melalui kerja keras dan hasil titik peluh sendiri,” kata Presiden Parti Amanah Negara itu ketika berucap pada ceramah kelompok Pakatan Harapan (PH) di Pusat Daerah Mengundi Astana Raja di sini malam tadi.

Turut hadir calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Muhammad Allif Ibrahim.

Pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 akan berlangsung esok manakala hari mengundi ditetapkan pada Sabtu ini.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement