KUALA LUMPUR: Datuk Seri M Saravanan mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding bagi penggal 2021-2024 pada pemilihan parti kali ini.
Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran mengumumkan keputusan itu selepas Saravanan muncul sebagai satu-satunya calon untuk jawatan berkenaan apabila pencalonan ditutup pada pukul 5 petang semalam.
Pencalonan bagi jawatan tertinggi parti melibatkan jawatan Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden, 21 ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan majlis tertinggi peringkat negeri yang berlangsung dari 2 hingga 5 petang di Ibu Pejabat MIC di sini, semalam.
Ketika ditemui pemberita, Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia, berkata memperkasakan parti kaum India itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan antara fokus utama beliau dalam tempoh tiga tahun.
"Ini kali pertama saya menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti sejak mula menjejak kaki ke MIC pada 1988. Saya menganggap ini sebagai satu pengiktirafan parti kepada saya," katanya.
Pada pemilihan parti 2018, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah, dipilih sebagai Timbalan Presiden MIC selepas menewaskan bekas Pengerusi MIC Perak Tan Sri M Ramasamy setelah memperoleh 9,391 undi berbanding Ramasamy yang mendapat 5,270 undi.
Sementara itu, tiga jawatan naib presiden pula bakal menyaksikan persaingan sengit dengan enam calon merebut jawatan berkenaan pada pemilihan parti tahun ini.
Enam calon yang bertanding kerusi naib presiden ialah tiga penyandang terdiri daripada Datuk T Mohan, Datuk C Sivaraajh dan Datuk T Murugiah, Setiausaha Agung MIC Datuk M Asojan, Setiausaha Eksekutif A K Ramalingam dan Ketua Penerangan MIC Datuk V Gunalan.
Selain itu, 60 calon lagi merebut 21 kerusi CWC pada pemilihan kali ini termasuk bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan, bekas setiausaha parti Datuk Sakthivel Alagapan, bekas Ketua Pemuda MIC Thinalan Rajagopal dan Datuk N Muneandy.
Dijangka lebih 24,000 ahli jawatankuasa daripada lebih 4,000 cawangan di seluruh negara akan menunaikan tanggungjawab menentukan barisan kepimpinan pusat parti berusia 75 tahun itu pada 26 Nov ini.
Pada 26 Mei lepas, Vigneswaran mempertahankan jawatannya selaku Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu bagi penggal 2021-2024 tanpa bertanding pada pemilihan parti.
Pemilihan bagi sayap parti itu pula berlangsung pada 30 Okt lepas yang menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, K Raven Kumar menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda MIC manakala Datuk Mohana Muniandy menang sebagai Ketua Wanita parti selepas menewaskan pencabarnya J Usha Nandhini.
A Kishva dan R Puvaneswary turut menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Putera dan Ketua Puteri parti berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021
Saravanan berkata, memperkasakan parti kaum India itu menjelang PRU15 merupakan antara fokus utama beliau dalam tempoh tiga tahun. - Gambar fail
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MIC adakan pemilihan presiden 12 April
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini.
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak akan dipertanding pada Pemilihan MIC 2024
Perhimpunan Agung MIC ke-77 hari ini sebulat suara meluluskan dua resolusi termasuk tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 2024.
Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.
Pasca PRU15: BN mohon tangguh menghadap Agong, kekal pendirian tidak sokong PH, PN
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat pada Selasa memohon agar sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi Rabu, ditangguhkan.
Pasca PRU15: Sudah ada pilihan hati - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa sudah ada pilihan hati dibuat berhubung gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
PRU15: Saingan 7 penjuru di Chenderiang, lagi mudah untuk BN menang - Saravanan
M Saravanan yakin akan berjaya mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Bukan senang ambil hati golongan belia - Saravanan
Beliau berkata belia kini khususnya yang berumur 18 tahun ke atas amat matang dan mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara.
PRU15: Majikan tidak benar pekerja keluar mengundi berdepan tindakan
Majikan perlu memberi kelonggaran kepada pekerja masing-masing untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, atau berdepan tindakan.
'Rafizi oh Rafizi ... susah dia ini, kalau tak tahu tolong tanya' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan menempelak Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang disifatkan sudah ketandusan model dan mengikut 'telunjuk' DAP.