awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sasaran 30 peratus wanita dalam Kabinet dalam masa lima tahun - Zuraida

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
19/08/2018
09:42 MYT
Sasaran 30 peratus wanita dalam Kabinet dalam masa lima tahun - Zuraida
Sebelum ini, PH dalam manifesto pilihan raya menetapkan 30 peratus wanita dalam pentadbiran kerajaan.
Sasaran 30 peratus wanita menjadi pemegang jawatan sebagai pembuat keputusan akan dicapai dalam masa sekurang-kurangnya lima tahun lagi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, penglibatan beberapa program memperkasa anak muda wanita menjadi bukti ia bakal menjadi kenyataan.
"Ini permulaan baik yang mana kita boleh memfokuskan mungkin dalam masa lima tahun lagi Malaysia sekurang-kurangnya mencapai sasaran ( 30 peratus wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan).
"Dengan program ini dan usaha kita boleh mencapainya," katanya semasa sidang media selepas menyampaikan ucaptama pelancaran Program #girl2leader di sini, hari ini.
Zuraida berkata demikian ketika menjawab isu di dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk memberi kuota 30 peratus wanita dalam pentadbiran kerajaan di semua peringkat.
#girl2leader Malaysia merupakan kempen yang dilancarkan institusi antarabangsa, Women Political Leaders Global Forum (WPL).
Ia merupakan inisiatif untuk memupuk semangat sukarela; membangunkan kemahiran kepimpinan, dan mewujudkan platform kepada rangkaian politik melalui kesukarelawanan untuk wanita muda.
Sebelum ini, PH dalam manifesto pilihan raya menetapkan 30 peratus wanita dalam pentadbiran kerajaan.
Mereka yang mengganggotai kabinet ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Rina Harun, Zuraida Kamaruddin, Teresa Kok dan Yeo Bee Yin.
Bagi timbalan menteri, Hannah Yeoh, Teo Nie Ching, Isnaraissah Munirah Majilis dan Fuziah Salleh.
Topic Berkaitan
#anak muda wanita
#kabinet
#Manifesto
#Pakatan Harapan
#pilihan raya
#Teresa Kok
#Wan Azizah
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan