Satu platform atau majlis bagi menyelaras data dan perancangan setiap parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan perlu diwujudkan segera bagi menyediakan ruang ke arah kerjasama yang lebih harmoni.
Penganalisis sosiopolitik dari Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata berbeza dengan mesyuarat Kabinet di mana dasar negara dibincang, majlis ini pula dilihat penting dalam soal menentukan hala tuju politik, terutama mengambil kira parti yang membentuk kerajaan ini masih 'baharu' sebagai satu gabungan.
Ia juga akan menjadi platform dalam menetapkan hala tuju yang 'satu', yang juga kini menjadi perhatian pihak lawan dan rakyat, katanya.
"Uniknya kerajaan kali ini walaupun tidak mempunyai manifesto, setiap parti seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), PAS, malah mereka yang dari PKR sebelum ini, ada manifesto masing-masing dan sekarang mereka membentuk satu kerajaan baharu.
"Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah duduk bersama dalam satu platform atau majlis, satukan manifesto mereka ini kepada kluster dan cari jalan tengah, cari apa yang boleh mereka sampaikan kepada rakyat," katanya kepada Bernama.
Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah gabungan kerjasama antara Bersatu, BN, PAS dan beberapa bekas ahli PKR yang membentuk Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
"Di sini akan menjadi tempat di mana setiap pertikaian parti mengenai sesuatu isu dapat dibincangkan dan kemudiannya diangkat ke peringkat kerajaan. Saya kira untuk pastikan pentadbiran lebih cekap di peringkat parti dan dasar negara di peringkat kementerian, mereka perlu tubuhkan satu majlis," katanya.
Turut bersetuju dengan idea berkenaan ialah Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik, Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib, namun berpendapat platform ini tidak perlu meniru format Majlis Presiden PH.
"Cukup sekadar wujudkan jawatan Pengerusi PN dan berikan kepada Perdana Menteri, wujudkan juga jawatan Ketua Setiausaha PN dan Ketua Bendahari PN. Lain-lain terdiri daripada Pengerusi BN, Pengerusi GPS dan Presiden PAS menjadi Ahli Majlis Tertinggi PN.
"Beri Pengerusi PN iaitu Perdana Menteri kuasa pemutus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 11 2020
AWANG AZMAN: Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah duduk bersama dalam satu platform atau majlis, satukan manifesto mereka ini kepada kluster dan cari jalan tengah. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
'PM perlu bertindak segera tangani kes rasuah'
Prof Madya Dr Awang Azman berkata, sekiranya Anwar tidak segera bertindak, rakyat akan beranggapan ia hanya retorik politik.
Perjanjian Malaysia baharu buka peluang Sarawak tuntut, tambah baik hak
Usul membuat satu Perjanjian Malaysia baharu dilihat boleh membuka peluang dan ruang bagi Sarawak menuntut serta menambah baik hak-hak negeri itu.
Pas Kelantan dijangka berdepan cabaran getir PRU akan datang
Minat rakyat kini lebih terarah kepada isu-isu semasa yang berlaku di Kelantan seperti masalah bekalan air.
PRN Sarawak: Calon sering turun padang ada kelebihan - Penganalisis
Prof Awang Azman Awang Pawi menjelaskan keadaan ini dapat dilihat dari dapatan kajian yang dibuat pihaknya sebelum penamaan calon baru-baru ini.
PRN Sarawak: GPS mungkin menang besar namun... - Penganalisis
GPS perlu memastikan penyokong mereka turun mengundi beramai-ramai, dan tidak terperangkap dengan keyakinan GPS pasti menang
Kerajaan campuran boleh dibentuk jika tiada pihak ada majoriti - Penganalisis
Peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM membuka lebaran baharu kemelut politik negara, ketika belum ada mana-mana pihak yang dilihat mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
PRN Sabah: Parti kecil boleh tentukan kemenangan PN, Warisan - Penganalisis
Kemenangan parti-parti kecil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah boleh menentukan nasib dan masa depan Perikatan Nasional (PN) atau Warisan untuk memerintah negeri itu.
Henti memperlekeh peranan wanita dalam Dewan Rakyat - Aktivis
Ia sentiasa menjadi cabaran untuk perwakilan wanita di negara ini, melainkan agenda memartabatkan wanita terus diperjuangkan semua pihak
Satu majlis PN perlu segera diwujudkan - Penganalisis
Majlis ini dilihat penting dalam soal menentukan hala tuju politik, terutama mengambil kira parti yang membentuk kerajaan ini masih 'baharu' sebagai satu gabungan.
Profesional, teknorat harus diberi peluang dalam kabinet baharu
Dr Muhammad Fathi Yusof berkata golongan berkenaan yang tidak mempunyai ikatan secara langsung dengan parti politik boleh dilantik sebagai senator sebelum diangkat menjadi menteri.