Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mendoakan kemenangan calon Barisan Nasional, lsmail Mohamed yang akan menentangnya di Pagoh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.
Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM) itu menjelaskan, negara mengamalkan sistem demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding dan menentangnya pada PRU kali ini.
Jelasnya, pengundi juga berhak menunaikan tanggungjawab untuk memilih siapa wakil rakyat mereka
"Menteri Besar (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) kata mahu cari jalan hendak kalahkan saya. Saya doa Ismail Mohamad menang lawan saya, tetapi saya pun kuat berdoa juga.
"Kita dalam negara demokrasi, hendak bertanding, jangan mengata-ngata. Masing-masing ada kekuatan. Ismail dahulu adalah timbalan saya, saya tidak mahu memperlekehkan beliau. Dia exco kerajaan negeri, saya timbalan perdana menteri.
Kalau hendak bertanding antara satu sama lain, takut orang kata saya perkecilkan beliau, kecil hati dia," katanya semasa sidang media di ibu pejabat PPBM di sini hari ini.
Sebelum ini, Setiausaha PPBM Johor Datuk Osman Sapian mengumumkan bahawa Muhyiddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.
Pada Jumaat, anak Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Ahmad Nawfal diumum untuk bertanding kerusi Parlimen Pagoh.
Sementara BN Johor pada Isnin mengumumkan Ismail iaitu pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor sebagai calon mereka di Parlimen Pagoh.
Pada PRU13, Muhyiddin menang besar di kerusi Pagoh, dengan majoriti 12,842 undi.
Dalam perkembangan berasingan, Muhyiddin berkata, PPBM akan tetap menggunakan logo dan simbol Parti Keadian Rakyat (PKR) pada PRU14 meskipun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin menggantung keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang membubarkan sementara pendaftaran PPBM.
Katanya, persiapan parti dan Pakatan Harapan tidak akan terjejas dengan terus menggunakan logo dan simbol PKR dalam menghadapi PRU14 berikutan keputusan mahkamah tersebut.
Wan Syamsul Amly
Mon Apr 23 2018
MUHYIDDIN: Kita dalam negara demokrasi, hendak bertanding, jangan mengata-ngata. Masing-masing ada kekuatan. - Gambar Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
34,683 individu terkorban di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 34,683 rakyat Palestin terkorban dalam serangan berterusan tentera rejim zionis Israel di Gaza setakat ini. Dalam laporan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin itu lagi, 78,018 individu cedera.
Operasi Al Jazeera diharamkan di Israel
Kerajaan Israel sebulat suara memuktamadkan keputusan penutupan operasi saluran berita 24 jam, Al Jazeera di negaranya berkuat-kuasa serta merta. Pengumuman itu dibuat menerusi undian kabinet Israel yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi kerajaan zionis dan perkongsian di laman media sosial 'X' Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (05 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan fokus pembangunan modal insan
Membantu penduduk di kampung yang terpilih dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6,7 Mei
Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.
Kelecuran badan Faisal Halim pada tahap dua
Kelecuran yang dialami oleh pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim adalah pada tahap dua.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halim memberitahu, kecederaan itu dikesan di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halim memberitahu, kecederaan itu dikesan di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.