awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya masih Perdana Menteri' - Muhyiddin Yassin

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
23/09/2020
09:57 MYT
'Saya masih Perdana Menteri' - Muhyiddin Yassin
Muhyiddin meminta rakyat bertenang menghadapi situasi berkenaan dan yakin isu itu akan diatasi dengan baik mengikut proses undang-undang dan Perlembagaan. -Gambar fail/ Bernama
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih teguh dan beliau masih Perdana Menteri yang sah.
Dalam satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan bersifat dakwaan semata-mata.
"Saya mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.
BACA: Kenyataan penuh Anwar Ibrahim pada sidang media khas
BACA: Tun Mahathir, Pejuang tiada dalam majoriti - Anwar Ibrahim
"Dakwaan ini hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan semata-mata.
"Sehingga dibuktikan sebaliknya, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah," katanya.
Beliau dalam pada itu meminta rakyat bertenang menghadapi situasi berkenaan dan yakin isu itu akan diatasi dengan baik mengikut proses undang-undang dan Perlembagaan.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#membentuk kerajaan
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#PH
#PKR
#PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan